Photobucket

Wednesday, December 16, 2009

Universiti Felda..????

Saya buka akhbar Sinar Online hari ini. Saya tertarik dengan berita berkenaan Universiti Felda. Saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri ini yang sudah membuat tawaran awal dengan ambil kira kedudukan strategik tapak univeristi itu.

"Universiti Felda disambut baik

JENGKA – Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan penubuhan universiti Felda sekiranya ia benar-benar akan dilaksanakan malah sedia menawarkan tapak yang sesuai sama ada di Maran atau di Jengka bagi tujuan penubuhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, Kerajaan Negeri sedia menawarkan tapak itu sekiranya Felda berhasrat membina sebuah universiti bagi memenuhi tuntutan banyak pihak.

Menurutnya, walaupun Felda atau Kerajaan Pusat belum membuat sebarang keputusan mengenainya namun Kerajaan Negeri membuat tawaran awal dengan mengambil kira kedudukan strategik negeri ini khususnya wilayah terbabit." [berita penuh]

Sekiranya projek ini berjaya, alhamdulillah. Mungkin anak-anak Felda mudah dan ada saluran pendidikan untuk mereka. Kadang2 anak felda ni x de tempat untuk menyambung ke universiti di sebabkan keputusan SPM, STPM, STAM yang kurang baik. Mungkin universiti ini boleh mengambil kira nasib anak2 felda sebegini.

Walaupun tawaran atau cadangn untuk bina universiti ini peratusnya amat rendah pada masa ini, satu lagi yang saya harap ialah semoga universiti ini tidak senasib dengan KIPSAS atau mana2 kolej yang tidak tahu ke mana halatujunya.

Berkhidmatlah dengan sebaik mungkin,...kerana Kerajaan Pakatan Rakyat sedang menanti di negeri Pahang....UMNO/BN pahang pastikan tersungkur menyembah bumi!!!!!

Thursday, December 3, 2009

Lagi masalah jalan di DUN Jengka

Saya begitu pelik dengan keadaan yang berlaku. Semasa bulan Ramadhan yang lalu pihak tender JKR telah mengemaskini jalan di hadapan UiTM hingga la ke simpang 3 utama JKR. saya pelik kerana jalan itu sudah elok dan tiada masalah dan jalan itu juga "double line ".

hati saya terdetik...kenapa tidak di baiki jalan2 yang rosak sahaja!!!! ataupun budget itu di gunakan untuk membesarkan jalan yang kecil....emmmmmm.

Sepatutnya membaiki jalan yang rosak. Jalan yang sering digunakan penduduk di bandar jengka. sebagai contoh jalan untuk ke bandar jengka dari rantau perintis melalui belakang balora mastika.
Jalan di belakang balora mastika, berhampiran tapak silat

lubang yang dalam, menyukarkan dan mungkin membawa masalah kepada kenderaan.

YB mgkin jarang menggunakan jalan ini. ahli umno pulak x pasti, tapi mesti ada yg guna jalan ni...baikilah untuk kemudahan rakyat dan penduduk di bandar jengka...