Photobucket

Saturday, August 28, 2010

Saman 11 Juta: Tahniah Kepada Peneroka Felda


Tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM 11juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua. Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.

Syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda diseluruh negara. Kini beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) yang mengemukakan tuntutan berkaitan:

1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka

2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda

3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka.

4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960)

5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda

6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka

7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).

Kita semua menyokong usaha peneroka Felda ini untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.

Rasa juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimen kawasan Jeli. Para peneroka ini diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok FELDA jika masih meneruskan kes ini di mahkamah.

Kita berharap perkara ini tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.

Kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka. Mereka juga bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam Pilihanraya akan datang. Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak mereka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.

Wednesday, August 18, 2010

Maksiat Di UiTM Jengka Semakin Parah, Adengan Seks Luar Tabie (Gay)

Bongkar: Panas, Kegiatan Maksiat Di UiTM Jengka Semakin Parah, Adengan Seks Luar Tabie (Gay) Di Percayai Menjadi-Jadi Di Kalangan Pelajar Lelaki !

BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini. Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu, sudah tiba masanya masalah gejala sosial dan maksiat di institusi terbabit diberi perhatian yang sewajarnya. Kita tidak mahu, bangsa lain memandang hina terhadap agama Islam gara-gara perangai majoriti pelajarnya yang menyimpang jauh dari nilai-nilai agama itu sendiri. Difahamkan, pihak pentadbiran universiti lebih mementingkan akedemik daripada sahsiah dan pembentukan akhlak para pelajar. Malahan, nilai-nilai agama kini terus dipandang sepi oleh pihak yang berkenaan. Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini. Ia jauh sekali berbeza ketika kampus itu tidak dibuka disitu dulu. Menurut seorang penduduk, keadaan gejala sosial dikalangan para pelajar sememangnya sudah semakin parah dan tidak wajar sama sekali. "Mereka bukan sahaja membawa gejala negatif kepada generasi muda setempat, malahan juga tidak segan silu berpelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai" katanya.

Gejala Maksiat "Berlesen" Kini Semakin Menular

Umum mengetahui bahawa Bandar Jengka adalah merupakan satu-satunya bandar yang dimonopoli oleh kaum bumiputra di negara ini. Hampir 100% peniaga dan penduduk di sini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanya, budaya songsang yang dibawa oleh pelajar-pelajar terbabit amat mengecewakan para penduduk. Keadaan bertambah parah, bilamana kini ramai pelajar terbabit yang tinggal di luar kampus. Mereka bebas bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah, mereka juga tidak menghiraukan teguran yang dibuat oleh masyarakt disini. Terdapat juga maklumat berlaku berbagai aksi curang pelajar berkenaan yang merosakkan kesucian bandar ini. Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, beliau melihat pelajar perempuan sering bermalam di rumah sewa pelajar lelaki. Beliau dan beberapa orang penduduk menunggu masa untuk menjalankan operasi cegah maksiat pelajar terbabit. "Kejadian berlaku apabila pelajar terbabit dihalang masuk ke kampus selepas jam 11.00 malam. Akibat takut dikenakan tindakan displin maka mereka yang bercouple akhirnya mencari jalan singkat bermalam di rumah pasangan masing-masing atau di hotel yang berdekatan. Mereka memilih untuk kembali ke kampus pada awal bagi kerana tidak akan diambil tindakan displin oleh pihak UiTM" katanya. Lantaran peraturan tersebut menyebabkan ramai pasangan akhirnya sanggup melakukan aktiviti maksiat dan perzinaan di rumah sewa pasangan masing-masing. Perkara ini sebenarnya disedari oleh pihak universiti, tetapi mereka tidak mahu mengambil tindakan tegas demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Akibatnya, kegiatan ini menjadi amalan harian pelajar UiTM Jengka mutakhir ini. Mereka tidak takut lagi untuk melakukan kegiatan maksiat, seolah-olah pihak universiti sendiri yang memberi lampu hijau.

Penyeludupan Arak Ke Kampus Kini Berleluasa

Selain daripada masalah itu tadi, kini difahamkan penyeludupan "arak" begitu mudah masuk ke dalam kampus. Difahamkan ramai pelajar terutamanya mereka yang terdiri daripada anak-anak orang berada dengan mudah membawa masuk bekalan terbabit untuk dijual kepada rakan-rakan yang lain di kampus. Perkara ini disedari oleh beberapa pihak yang berkenaan, namun seperti biasa mereka tidak mahu mengambil tindakan demi imej dan maruah IPTA itu. Akibatnya kegiatan minum arak kini sudah menjadi tradisi dan amalan sebilangan pelajar universiti terbabit. Perkara ini amatlah dikesali kerana ia jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam sebenarnya. Tambahan pula di saat bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya, siapakah yang berani untuk tampil mendedahkan perkara ini?. Akhirnya kegiatan itu ditutup rapat-rapat dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya.

Kegiatan Seks Luar Tabiee Pelajar Makin Menjadi

Kini kampus terbabit juga digemparkan dengan kegiatan "gay" yang berleluasa. Kegiatan seks antara sesama pelajar lelaki kini seolah-olah sudah menjadi amalan di situ. Terdapat maklumat seorang pelajar lelaki kursus Perladangan dan Sains Gunaan kini menjalankan kegiatan berkenaan dengan beberapa orang pelajar dan gurunya dulu. Beliau kini hidup mewah di kampus hasil duit haram akibat menjalinkan hubungan seks terlarang itu. Khabarnya pelajar berkenaan gemar dengan mereka yang berduit dan merelakan tubuhnya "digomol" oleh pihak terbabit. Kini beliau menjadi santapan ramai pelajar-pelajar di univesiti berkenaan. Kegiatan ini sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu. Ia disedari oleh beberapa pihak, namun takut untuk membongkarkannya demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Pihak pentadbiran universti terbabit wajar bertindak segera bagi membersihkan nama baik mereka. Tindakan displin yang tegas termasuk "memecat" pelajar berkenaan harus dilakukan, kerana perkara ini sudah menjadi buah mulut masyarakat di sini. Keluarga pelajar terbabit kini dikatakan sudah tahu kegiatan anaknya, namun terpaksa "redha" akibat tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Pelajar yang masih berada ditahun satu itu pernah bermain seks dengan beberapa "orang guru lamanya" dulu yang kini dipercayai mengajar di Sek.Agama Pekan dan Sek Balok Baru di Kuantan.

UiTM Jengka Perlu Ambil Tindakan Segera Kes Ini

Pihak kolej dan ramai pelajar lain amat sukar untuk mengesan beliau jika tiada pendedahan ini. Tambahan pula difahamkan beliau yang merupakan bekas pelajar sebuah sekolah agama di negeri ini dikatakan perwatakan alim, bijak bermain kata-kata dan pandai memikat wanita dan lelaki untuk jalinkan hubungan intim untuk mendapatkan "wang" daripada mereka. Beliau kini masih menjalinkan hubungan "luar tabiee" dengan beberapa orang rakan dan guru-gurunya termasuk juga dengan seorang penjual burger berusia 22 tahun yang berasal dari bandar ini. Daripada sumber yang boleh dipercayai, pelajat tersebut mempunyai seorang "ayah angkat" yang bertanggungjawab tentang pembelajaran dan perbelanjaannya di universiti terbabit. Kami sedang mencari siapakah "ayah angkat" terbabit, bagi mendapatkan info lanjut. Pelajar itu pernah ditangkap baru-baru ini semasa hendak "melakukan kegiatan seks luar tabiee" bersama "seseorang" yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Inilah yang perlu disiasat.

[Pihak kami akan menjejaki siapakah pegawai yang dimaksudkan itu untuk dibongkarkan. Justeru itu kami memberi tempoh kepada pihak UiTM Jengka untuk menyiasat perkara ini dan membuat tindakan tegas terhadap pelajar yang jelas mencemarkan nama baik institusi itu. Sebenarnya apa yang berlaku di UiTM Jengka ini adalah sebahagian rencah kehidupan mahasiswa IPT di negara kita hari ini. Malah ada IPT yang lebik gejala sosialnya tidak dibongkarkan lagi. Apapun kami melihat apa yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai agama Islam di IPT sememangnya makin di pinggirkan. Malah kegiatan buang bayi juga pernah berlaku di beberapa buah IPT termasuk UiTM Jengka sendiri. Cuma perkara ini didiamkan bagi menjaga nama baik dan imej universiti terbabit. Apapun, selepas ini kami akan bongkarkan pula kegiatan tidak bermoral di IPT lain pula. Terkadang perkara seperti ini perlu dibongkarkan demi menjadi ikhtibar dan tauladan kepada orang lain. Apalah guna perkara yang tidak senonoh seperti ini disorok-sorokkan, yang akhirnya membawa kebinasaan dan kehancuran kepada institusi pendidikan itu sendiri]. -PDO-