Assalamualaikum, Pada pandangan saya, sekiranya gambar2 di dalam artikel sebelum ini adalah betul, maka sepatutnya perlu ada perubahan ke arah lebih baik lagi. Tetapi sekiranya tidak betul maka eloklah kita belajar untuk mengelak sesuatu perkara atau perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain. Ye lah kita hairan(jika betul?) kenapa jamuan makan malam tersebut nampaknya seperti barat dan kebanyakan(yang nampak dalam gambor!) adalah terbuka aurat dan seksi. Ada juga yang memakai tudungnya! Betullah(kiranya betul!) apa yang di komen melalui artikel tersebut. Pelajar2 malaysia yang berada di luar negara adalah wakil kepada rakyat malaysia untuk mendapatkan ilmu yang baik dan di sampaikan pula kepada rakyat malaysia supaya menjadi lebih baik tetapi sekiranya wakil2 ini gagal melaksanakan amanah ini, maka hasil yang kita dapat adalah sebaliknya. Masalahnya sekarang sekiranya cara pakaian atau cara mengendalikan sesuatu majlis tiada bezanya dengan barat maka itu boleh menimbulkan fitnah tambahan pula ianya di lakukan di MESIR. Itulah sebabnya penulis sebelum ini menekankan perkara ini. Sekiranya yang pulang drp barat pun kita pertikaikan juga ilmu dan cara hidup yang di bawahnnya maka sekiranya drp MESIR sudah tentu sepatutnya lebih baik lagi. Bukan semua tetapi sedikit inilah akan mula membina kerosakan masyarakat kita. Saya rasa itu niat penulis, niat penulis rasanya cukup baik untuk memberi komen supaya sesiapa yang terlibat itu sedar. Kadang2 kita tidak sedar kita telah berada di tempat yang boleh menimbulkan fitnah tetapi bila ada orang tegur maka kiranya betul sepatutnya jauhkanlah dan elakanlah.... Saya memberi pendapat berdasarkan komen asal penulis berserta dengan gambar2 itu. Yelah kita selama ini menganggap pelajar drp MESIR adalah pelajar yang berbeza dengan keluaran drp BARAT. Sudah tentu berbeza, tetapi mungkin juga kerana nila setitik maka rosaknya susu sebelanga! Apapun sekiranya gambar2 itu betul, maka sepatutnya tidak berlaku la kan...kesian la kepada ulama2 kita berjuang dan berusaha supaya cara hidup kita berbeza dengan cara hidup barat seperti cara berpakaian, akhlak etc. Minta maaf la saya komen atas sifat sekiranya betul, jika tidak maafkan saya! Saya selama ini menganggap keluaran MESIR adalah berjenama MUSLIM dan mempunyai cara hidup yang ISLAMIK. Sekarang ini bayang yang di tunjukkan oleh model2 kita drp MESIR nampaknya makin berbeza....:-( Wahai manusia, beriman lah pada Allah dan RasulNYA. Sekiranya terdapat masalah/pertikaian maka sama2lah kita merujuk kepada AL-Quran dan ajaran Rasulullah saw. Wassalam... |
No comments:
Post a Comment