Photobucket

Saturday, June 12, 2010

Masjid Al-Ghazali perlukan sumbangan dari pelbagai pihak dan yang berWAJIB!!

Salam. Alhamdulillah bertemu kembali setelah sekian lama blog ini tidak dapat di update kerana beberapa masalah teknikal. Entry kali ini bagai saya cukup bermakna demi kelangsungan dakwah di bumi "Bukit Gajah" yang ku cintai ini.

BAru2 ini saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Maahad sas jengka yang di dalamnya da Masjid Al-Ghazali yang telah dinaik taraf menjadi MAsjid Qaryah dan di bolehkan menunaikan solat jumaat di situ walaupun terletak di dalam sekolah. Saya tidak pasti bilakah masjid ini mula boleh solat jumaat, tetapi baru2 ini kawan saya mengajak saya bersolat jumaat di sini. katanya imam yg baca khutbah di maahad muda2 dan tak mengantuk. saya ikut jer la...

lepas dengar khutbah kat situ, memang betul la imam tu muda, tapi macam biasa je...x tau la kot imam tu .. mgkin ada imam yg lain yg bertugas....apa pun bagus juga solat kat situ sebab x de lah nak berebut2, nak parking pun x ramai sgt....

cuma nyer.... selepas saya solat di situ saya cuba meneroka sekitar masjid tersebut. saya agak kurang berpuas hati dengan keadaan masjid yang agak tidak terjaga...bila saya tanya kawan saya, kawan saya jawab....biasalah budak2 ramai yg solat kat sini dan dekat dgn asrama....katanya juga sejak mula buka sekolah ni, masjid ni x pernah di baiki yg rosaknya..... emmm saya pun nak wat cam ner.... saya tergerak nak buat sesuatu... sedikit komentar ...dan hasilnya......

Lampu di atas (syiling) yang tergantung, may be menunggu masa utk jatuh...ngerinya kalau tengah dgr khutbah tiba2 jatuh lampu ni atas kepala!

wayar lampu yg terbiar ...
kipas yg penuh dengan habuk, maybe sudah bertahun2 tidak pernah cuci....huh....

kipas yg tiada "pengipasnya"....
Lampu di atas (syiling) yang tergantung, may be menunggu masa utk jatuh...ngerinya kalau tengah dgr khutbah tiba2 jatuh lampu ni atas kepala!

air yg menitis dr atap. mhgkin bocor...

pntu tandas yg rosak..... dan tidak boleh di gunakan...

paip yag rosak atau "lose", ada yg air sntiasa keluar.....


pintu ni x boleh di tutup,.... mc tu la , klu cuba nak tutup pun di aakan terbuka smeula kernana alat penguncinya yg tidak berfungsi....

Air yg sentiasa keluarr,,,,mgkin dr tangki yg bocor.....

nota hujung : saya memohon maaf dr pihak sekolah dan yg berkenaan. hanya berniat utk kebaikan bersama. saya tidak berniat utk mneyalahkan pihak sekolah, saya tahu sekolah mgkin bnyk mghabiskan wang utk kemajuan pendidikan di sekolah, tapi apa salah nya klu jabat agama ke, jkr ke, dll berikan sumbangan..... utk memulihkan keadaan yg tidak sepatutnya wujud ini...... tq.

Thursday, June 3, 2010

Kilang Simen di Pahang akan musnahkan Alam Sekitar

Berita Oleh: amkns

"Pembinaan kilang yang dijangka bernilai RM1.2 bilion itu setakat ini menerima tentangan hebat daripada penduduk kerana masa depan mereka yang bakal dihantui masalah kesihatan, kerosakan alam sekitar dan menjejaskan sumber ekonomi kira-kira 300 ribu penduduk tempatan. Lebih membimbangkan, pembinaan kilang tersebut sekali gus akan memusnahkan industri pelancongan di Gunung Senyum sekarang dan tanah tersebut akhirnya bakal terlepas kepada syarikat perniagaan bukan Melayu sebagaimana berlaku sebelumnya.

Sumber : http://selamatkanpahang.blogspot.com/2010/06/kilang-simen-di-jebak-puyuh-bakal.html


KILANG SIMEN DI JEBAK PUYUH BAKAL MUSNAHKAN ALAM SEKITAR


BANDAR JENGKA: Jadikah projek cadangan usahasama kerajaan negeri membina sebuah kilang simen bersama sebuah syarikat korporat bukan Melayu di Gunung Jebak Puyuh yang terletak dalam kawasan rekreasi Gunung Senyum di sini?


Pembinaan kilang yang dijangka bernilai RM1.2 bilion itu setakat ini menerima tentangan hebat daripada penduduk kerana masa depan mereka yang bakal dihantui masalah kesihatan, kerosakan alam sekitar dan menjejaskan sumber ekonomi kira-kira 300 ribu penduduk tempatan.


Lebih membimbangkan, pembinaan kilang tersebut sekali gus akan memusnahkan industri pelancongan di Gunung Senyum sekarang dan tanah tersebut akhirnya bakal terlepas kepada syarikat perniagaan bukan Melayu sebagaimana berlaku sebelumnya.


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semasa berhimpun bersama penduduk di pusat rekreasi Gunung Senyum beberapa ketika dulu berkata, pembinaan kilang simen itu pasti akan menjejaskan kawasan pelancongan yang selama ini memiliki khazanah alam.


Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang menjelaskan, selain itu akan berlaku pencemaran debu, udara dan air sungai dan sekali gus bakal merencatkan hasil pertanian yang selama ini menjadi sumber utama pendapatan penduduk. Seterusnya pencemaran yang sama akan menjejaskan Loji Air Lubuk Kawah yang memproses air ke sekitar kampung tradisional pinggir Sungai Pahang dan penduduk wilayah Jengka hingga ke Kampung Awah.


“Kesan awal pencemaran akan diterima ialah penduduk yang berdekatan dengan tapak projek iaitu sekitar Kampung Gunung Senyum, Batu Sawar, Pulau Pasir Mandi Jengka 21, 22, 23 dan 24. Tetapi akhirnya seluruh perkampungan di sepanjang 50 kilometer Sungai Pahang dari Kuala Krau ke Temerloh dan Felda Gugusan Jengka yang melibatkan 300,000 penduduk akan terlibat”.


“Ini berlaku apabila loji air berdekatan iaitu Loji Air Lubuk Kawah akan terdedah kepada kesan pencemaran. Hasil pertanian dan perusahaan ikar air tawar iaitu sumber utama pendapatan penduduk juga akan terjejas. Memang waktu nak jayakan projek ini macam-macam cerita tentang kebaikan tapi bila dah buat... contohnya kilang simen di Bukit Sagu, ternyata penduduk tersiksa dengan debu dan alam sekitar yang tidak sihat dan akhirnya kilang itu dijual kepada tauke besar”.


Projek serupa di Bukit Sagu dijual kepada YTL


“Sebab itu PAS bersama penduduk membantah keras pembinaan kilang simen di Gua Jebak Puyuh. Projek seperti ini pernah dibina di kilang simen Bukit Sagu. Walaupun pada mulanya dirancang untuk menjana ekonomi negeri tetapi akhirnya dijual kepada syarikat besar kita rasa masalah ini akan berlaku perkara yang sama,” ujarnya.


Tambah Tuan Ibrahim lagi, PAS mendokong hasrat penduduk membantah pembinaan kilang simen ini merupakan waktu terbaik. Katanya, kerajaan pernah membatalkan projek kuari di Gua Kota Gelanggi tidak lama dahulu atas bantahan penduduk berdasarkan faktor alam sekitar, sejarah dan pelancongan.


Jadi beliau yakin bantahan penduduk terhadap pembinaan kilang simen sekarang mempunyai asas yang kuat sama seperti projek di Gua Kota Gelanggi.


Gunung Jebak Puyuh merupakan gunung tercantik antara lima gunung yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Senyum. Selain Jebak Puyuh ialah Gunung Senyum, Gunung Terus, Gunung Balik Oi dan Gunung Che Ngah yang dikatakan memiliki khazanah alam yang telah terbina sejak jutaan tahun lalu termasuk nilai gua batu kapur yang dikatakan paling mahal di dunia.


Di situ juga merupakan kawasan tadahan air dan kawasan berpayanya pula pernah menjadi pusat tanaman padi dan kawasan pengeluaran ikan darat tersohor pada satu ketika dahulu.


Tahun lalu sahaja dianggarkan lebih 30,000 pelancong telah mengunjungi kawasan rekreasi Hutan Lipur Gunung Senyum. Dengan pembinaan kilang simen tersebut sudah tentu akan merosakkan kawasan itu sekali gus merugikan wang rakyat kerana kerajaan telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk membangunkan kawasan rekreasi di situ.


JKKK dan penduduk bantah


Ura-ura kerajaan negeri yang mahu membina kilang simen di kawasan tersebut telah ditimbulkan tahun lalu dan penduduk melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah menbuat bantahan kepada kerajaan negeri dan pernah memanggil sebuah stesen televisyen membuat liputan bantahan.


Bagaimanapun menurut Tuan Ibrahim, usaha pihak kerajaan akhir-akhir ini menggambarkan pihak berkenaan bertegas untuk tidak menghiraukan bantahan penduduk.


“Saya difahamkan untuk membina projek kilang simen ini kerajaan negeri sudah merujuk kepada Jabatan Geologi, Jabatan Alam Sekitar selain pakar-pakar sejarah tempatan. Namun Jabatan Pelancungan, Perhilitan, Felda, Felcra, JBA dan persatuan penduduk tidak pula ditemui. Sebenarnya merekalah yang akan menerima kesannya nanti”.


Tuan Ibrahim menegaskan, PAS Pahang mendesak kerajaan negeri mencari sumber pendapatan lain yang tidak mengorbankan alam sekitar dan pendapatan penduduk seperti perusahaan balak, pasir, pelancongan selain berusaha membangunkan industri hiliran daripada projek-projek besar.


Sementara itu, seorang penduduk Teluk Sabak iaitu antara kampung yang paling hampir dengan tapak projek yang sempat ditemui Selamatkan Pahang, Khalid Seman, 54, memberitahu pembinaan kilang simen ini akan dimulakan dengan meletupkan kawasan gua batu kapur dan kuari.


Beliau yang juga merupakan imam masjid Batu Sawar berkata, oleh kerana terlalu hampir dengan kediaman penduduk debu daripada projek berkenaan sudah pasti akan berterbangan mengganggu kesihatan mereka. ‘Bala’ tersebut juga akan menjejaskan hasil tanaman penduduk sekali gus mencemarkan Sungai Senyum dan Sungai Pahang.

“Kehidupan kami tidak akan aman lagi selepas ini. Penduduk akan menanggung penderitaan kesihatan dan ekonomi yang merosot. Selepas ini jalan utama kampung akan sibuk dengan kenderaan berat seperti lori pengangkut tanah, jentera dan sebagainya pula akan mengancam keselamatan penduduk. Sebab itu pada kami pembinaan kilang itu tidak membawa apa-apa manfaat atau keuntungan kepada penduduk selain hanya menyebabkan kerosakan pada alam sekitar dan kerugian kepada penduduk,” katanya.
"