Tuesday, November 24, 2009

Mungkin YB Jengka akan berdiam diri lagi???

Semua warga Jengka mengharapkan agar YB Jengka menunaikan janjinya dalam PRU yang lalu.....

Semua warga Jengka mengharapkan agar kerajaan membaiki jalan atau membesarkan jalan di antara Bandar Jengka ke Simpang Kg. Awah. Jalan yang kecil ini amat berbahaya bagi penduduk. malah masih ramai lagi penduduk felda di kawasa sekitar yang masih menggunakan motosikal untik ke bandar. Bagaimana sekiranya bertembung dengan lori yang besar...bukankah amat menakutkan..?????

Semua mengakui yang jalan itu sekarang ini menjadi jalan utama semua penduduk. Juga merupakan jalan utama bagi pemandu lori besar2 bahkan kontena sekalipun. Begitu juga bas-bas expres mahupun persiaran...

Tambahan pula apabila adanya simpang highway Pantai Timur - Chenor yang merupakan jalan utama untuk semua menuju ke Kuala Lumpur atau Kuantan.
Semua akn menggunakan laluan utama ini menuju ke Tol Chenor itu. Dari B. Jengka, Jerantut dan sekitarnya....

Makna kata, jalan utama ini sering digunakan bahkan semakin hari semakin bertambah kenderaan yang menggunakan laulan utama di antara B.Jengka ke Kg. Awah......

Bagaimana kalau sekiaranya perkara ini berlaku kepada YB Jengka..atau kelurganya...atau sanak saudaranya.......????

ADAKAH WAN SALMAN AKAN BERDIAM DIRI???
(Kemalangan yang berlaku di antara jalan Jengka ke simpang Tol Chenor)

Saturday, November 7, 2009

Guru agama tidak mendapat pembelaan!!!

Assalamualaikum semua......

Alhamdulillah saya berkesempatan menonton perlawanan akhir bola sepak piala malaysia semalam dan sempat bertemu dengan sahabat saya yang berasal dari negeri 9.

Dalam perbualan dengan sahabat saya itu, beliau kini sedang berkhidmat sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah milik penuh kerajaan negeri sembilan. Saya bertanya tentang tangga gaji yang di berikan. dia jawab RM2000. saya tanya lagi, adakah dia mempunyai dploma pndidkan? dia jawab x der...saya terkejut. sebabnya secara realiti, berbanding dengan guru2 agama di negeri pahang ini, jauh bezanya.

saya sangat terkilan. saya ada seorang sahabat yang bekerja di salah sebuah sekolah agama di negeri pahang ini. saya tanya kawan saya tu, dia kata dia ada ijazah, saya tanya gaji berapa, dia kata RM800....tu pun bukan gaji tapi elaun.... rasa rasa pelik... saya tanya lg, kenapa 800 jer? dia jawab sebab aku x de diploma pendidikan...saya ttanya lg, dah berapa lama dah ngajar, dia kata 11 thn.....

saya cuma nak bandingkan dengan kawan saya yang bekerja dengan kerjaaan di n9, macam ne kawan satu kat sana tu blh dapat gaji rm sampai 2000 sedangkan di negeri phg yg penuh dengan sumber asli dan kekayaannya ini, tidak dapat mengggaji guru agama seperti kwn saya td dengan tangga gaji yg sama.

sy dengar jg cerita dr kkelantan, sorg guru agama d bwh kerjaan negeri dapat gaji mcm ijzah, wlaupun x der dloma pndidkan....

saya kira ini cukup zalim. rm800 sememangnya tidak cukup untuk biaya 1 bln. dgn bilnya, yurannya, keretanya, sewa rumahnya.....makannya...????

sbb tu ada kawan saya yg lain pulak, saya tanya dia, kenapa keluar sekolah agama, kenapa pergi ke j-qaff??? dia kata, klu aku duduk ngajar kat sekolah agama ni, bile la aku nak pakai kereta, bila la aku nak kumpul duit nak khwin... katanya lagi, kat sek agama krjaan ngr phg ni, klu nak dapat tetap, kena tunggu lama, sampai setahun baru dapat tetap,.pastu klu nak naik pangkat, mesti ada pengalaman 10 thn mengajar.....

lagi sekali saya rasa hairan...dan saya tetap kata ini adalah satu kezaliman!!!

sememangnya org agama tidak mendapat pembelaan.!!! klu betul kerjaan negeri betul2 nk jaga guru2 agama, mesti semua ni x berlaku. saya cukup terkilan dengan apa yg berlaku.....

sepatutnya kerjaaan neg mngambilm ini siatif utk menyelesaikan hal ini. guru2 ini bekerja sama dengan guru2 kementerian yg lain....masuk pg sama keluar ptg pun sama, tp gaji lain2.

atau memang betul kerjaan negeri x der duit nak membiayai gaji guru2 agama...belalah mereka, mereka lah yg telah banyak membanting tulang utk melahirkan golongan yg berakhlak, ntah2 mereka juga yg mendidik anak2 pemimpin umno di sekolah2 agama d negeri ini......

Monday, November 2, 2009

wan salman berjanji lagi..

Saya tertarik dengan berita yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian semalam.... beritanya seperti berikut....

" RM76.6j naik taraf dua loji air

JENGKA – Dua loji air iaitu Batu Sawar dan Jengka Utama memerlukan RM76.6 juta untuk dinaik taraf bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, loji Batu Sawar yang menyalurkan air di enam kawasan berhampiran iaitu Felda Seri Pagi Jengka 17, Felda Seroja Jengka 18, Felda Siantan Jengka 19, Felda Tonkin Jengka 23, Sungai Nerek dan Kampung Awah memerlukan RM24.8 juta untuk kerja naik taraf.

Menurutnya, loji Jengka Utama pula memerlukan RM51.8 juta untuk kerja menaik taraf demi memastikan gangguan air di lebih sepuluh kawasan dapat diatasi.

“Peruntukan itu adalah langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi atasi gangguan bekalan air dan ia akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan datang.

“Kita juga cadangkan supaya loji air Batu Sawar mempunyai generator sendiri sebagai persediaan ketika gangguan bekalan tenaga elektrik. Ini secara langsung bekalan air dapat disalurkan kepada penduduk tanpa perlu menunggu masa lama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan penduduk di kawasan ini sering mengalami gangguan bekalan air iaitu penambahan jumlah penduduk, penggunaan batang paip jenis simen asbestos berdiameter enam inci dan kapasiti tenaga elektrik tidak mencukupi.

Wan Salman berkata, pihaknya bersama Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbincang untuk mencari langkah sesuai dalam jangka masa panjang dan pendek.

Katanya, selain itu, pihaknya turut mencadangkan menukar batang paip jenis asbestos berdiameter enam inci yang sudah berusia kepada batang paip jenis PVC berdiameter lapan inci di seluruh Jengka.

“Kita perlukan RM63 juta jika kerja penukaran paip dilakukan di kawasan Jengka bagi mengatasi masalah ini.

“Secara puratanya, batang paip di setiap Felda Wilayah Jengka (Jengka 1 hingga 25) akan ditukar sepanjang 12 kilometer.

“Manakala, di bandar ini sahaja, kita perlu RM3.6 juta untuk tukar paip kerana kawasannya luas dan penambahan jumlah penduduk semakin ramai berikutan banyak taman perumahan baru dibina,” katanya.

Wal Salman berkata, antara langkah penyelesaian akan diambil untuk jangka masa pendek ialah mengawal kadar pelepasan air dari loji kepada penduduk supaya tidak berlaku masalah lebih rumit.

“JBA tidak melepaskan air dengan tekanan kuat kerana bimbang berlaku paip pecah. Mereka perlu kawal kadar pelepasan air.

“Saya harap, penduduk bersabar kerana jika paip pecah, JBA mengambil masa 24 jam untuk membaikinya dan ini akan merumitkan.

“Kita berusaha untuk atasi masalah ini supaya masyarakat dapat hidup selesa dan tidak alami gangguan bekalan air seperti sekarang,” katanya. "

-----

bukan apa..... selepas selesai jer baca beirta ni, hati saya terdetik dan berkata, harap2 janji yb pada kali ini ditunaikan.... klu dahulu semasa pru ke 12, yb jengka ni dah berjanji untuk membina jalan @ membesarkan jalan utama dari bandar jengka ke simpang kg. awah, tapi sampai sekarang janji hanya tinggal janji. ntah bile nak mula x tau la..... :-(

masalah dan isu yang berlaku...

Salam buat kalian..

saya melihat kepada beberapa isu yang begitu hangat di saat dan ketika ini. dengan isu kerajaan campuran, isu kepimpinan dalam umno, mca dan pas... isu dr asri di tangkap...sekolah satu aliran...dan macam2 lagi isu yang sedang melanda umat islam di malaysia kita.

apa pun yang berlaku, saya kira banyak komentar yang telah diberikan oleh semua bloggers, juga penganalisis politik mahupun kolumnis2 yang begitu berusaha memerah keringat untuk manjadikan buah fikirannya sebagai yang terbaik.

sememangnya lumrah alam fana....masalah tidak akan hilang, ia pasti datang. isu juga akan hadir...samada datang sendiri begitu sahaja, atau ada juga isu yang di buat2 untuk mencari keuntungan dunia dan nafsu walaupun sanggup menggadaikan prinsip sebagai seorang muslim.. isu juga kadang di jadukan hujjah oleh golongan tertentu untuk merendahkan sesuatu golongan yang lain....

kalau saya kata, nabi pernah menyebut bahawa umat islam akan berpecah kepada 73 golongan. hanya satu saja yang akan masuk ke syurga.

persoalan dan masalah serta isu yang berlaku ini semuanya tidak lari dari manusia yang berada di dalam golongan, parti, kumpulan dan jamaah. jadinya??? kita mesti fikir.......... kumpulan atau golongan yang kita dokong atau kita sokong sekarang ini betul2 ke golongan yang akan bersama dengan nabi di akhirat nanti....

saya teringat satu ayat quran yang menyatakan bahawa semua yang berlaku di dunia ini, adalah berpunca daripada tangan2 manusia...maknanya apa?? mungkin berpunca dari tangan kotor yang sering memuaskan hawa nafsunya.... dan mungkin hasil daripada kekuasaan manusia yang zalim dan rakus... dan mungkin datang dari dosa dan maksiat sesuatu golongan yang dengan sebab itu Allah menurunkan bala dan azabnya buat semua..... tanpa mengira orang itu baik atau jahat...

hasil tangan siapakah sebenarnya???? tangan siapa??? tangan........anda boleh menjawabnya sendiri......

bye.....jumpa lagi...

pendahuluan dan pengenalan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

saya tidaklah terlalu mengerti akan dunia it ini, tapi seakan2 hati ini dipaksa oleh satu desakan perasaan untuk menyelami dunia it ini dengan satu permualaan....

Ya! saya terfikir untuk mencipta satu blog bagi menyuarakan pendapat serta komentar dari hatiserta perasaan saya terhadap apa yang berlaku di dunia sekeliling saya...

semoga segala yang saya titipkan dan akan titipkan akan memberi manfaat buat semua sidang pembaca dan pengunjung.....

JOM!! layarilah blog ini... jemput lagi tau datang!!!