Photobucket

Monday, November 2, 2009

wan salman berjanji lagi..

Saya tertarik dengan berita yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian semalam.... beritanya seperti berikut....

" RM76.6j naik taraf dua loji air

JENGKA – Dua loji air iaitu Batu Sawar dan Jengka Utama memerlukan RM76.6 juta untuk dinaik taraf bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, loji Batu Sawar yang menyalurkan air di enam kawasan berhampiran iaitu Felda Seri Pagi Jengka 17, Felda Seroja Jengka 18, Felda Siantan Jengka 19, Felda Tonkin Jengka 23, Sungai Nerek dan Kampung Awah memerlukan RM24.8 juta untuk kerja naik taraf.

Menurutnya, loji Jengka Utama pula memerlukan RM51.8 juta untuk kerja menaik taraf demi memastikan gangguan air di lebih sepuluh kawasan dapat diatasi.

“Peruntukan itu adalah langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi atasi gangguan bekalan air dan ia akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan datang.

“Kita juga cadangkan supaya loji air Batu Sawar mempunyai generator sendiri sebagai persediaan ketika gangguan bekalan tenaga elektrik. Ini secara langsung bekalan air dapat disalurkan kepada penduduk tanpa perlu menunggu masa lama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan penduduk di kawasan ini sering mengalami gangguan bekalan air iaitu penambahan jumlah penduduk, penggunaan batang paip jenis simen asbestos berdiameter enam inci dan kapasiti tenaga elektrik tidak mencukupi.

Wan Salman berkata, pihaknya bersama Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbincang untuk mencari langkah sesuai dalam jangka masa panjang dan pendek.

Katanya, selain itu, pihaknya turut mencadangkan menukar batang paip jenis asbestos berdiameter enam inci yang sudah berusia kepada batang paip jenis PVC berdiameter lapan inci di seluruh Jengka.

“Kita perlukan RM63 juta jika kerja penukaran paip dilakukan di kawasan Jengka bagi mengatasi masalah ini.

“Secara puratanya, batang paip di setiap Felda Wilayah Jengka (Jengka 1 hingga 25) akan ditukar sepanjang 12 kilometer.

“Manakala, di bandar ini sahaja, kita perlu RM3.6 juta untuk tukar paip kerana kawasannya luas dan penambahan jumlah penduduk semakin ramai berikutan banyak taman perumahan baru dibina,” katanya.

Wal Salman berkata, antara langkah penyelesaian akan diambil untuk jangka masa pendek ialah mengawal kadar pelepasan air dari loji kepada penduduk supaya tidak berlaku masalah lebih rumit.

“JBA tidak melepaskan air dengan tekanan kuat kerana bimbang berlaku paip pecah. Mereka perlu kawal kadar pelepasan air.

“Saya harap, penduduk bersabar kerana jika paip pecah, JBA mengambil masa 24 jam untuk membaikinya dan ini akan merumitkan.

“Kita berusaha untuk atasi masalah ini supaya masyarakat dapat hidup selesa dan tidak alami gangguan bekalan air seperti sekarang,” katanya. "

-----

bukan apa..... selepas selesai jer baca beirta ni, hati saya terdetik dan berkata, harap2 janji yb pada kali ini ditunaikan.... klu dahulu semasa pru ke 12, yb jengka ni dah berjanji untuk membina jalan @ membesarkan jalan utama dari bandar jengka ke simpang kg. awah, tapi sampai sekarang janji hanya tinggal janji. ntah bile nak mula x tau la..... :-(

No comments:

Post a Comment