Photobucket

Thursday, September 15, 2011

Ganti rugi: Eloklah Dato' Nan lepas jawatan

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad menyifatkan Kerajaan Negeri Pahang sebagai "kerajaan samseng" kerana enggan membayar tuntutan ganti rugi sebanyak RM70 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Beliau berkata, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sangat angkuh apabila tidak mengendahkan arahan Mahkamah Tinggi Kuantan agar membayar ganti rugi tersebut.

"Dalam kes ini, Kerajaan Pahang seperti samseng bila melanggar arahan mahkamah untuk bayar saman kepada Seruan Gemilang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sepuluh pemegang saham syarikat tersebut yang mengadakan mogok lapar di hadapan sebuah tokong di Segambut bermula Khamis lepas bagi mendesak Adnan melunaskan ganti rugi itu.

Dua daripada mereka sudah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas hanya minum air kosong sejak bermula mogok lapar itu.

Johnson Chong, 68, dibawa pulang ke rumah selepas pemeriksa doktor Sabtu lalu dan diikuti Ramli Sulaiman, 42, yang dimasukkan ke hospital kelmarin.

Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam juga tidak menolak kemungkinan kerajaan Pahang tidak mempunyai wang untuk membayar ganti rugi tersebut dan menggesa Kerajaan Pusat bertanggungjawab menjelaskan bayaran itu.

"Kerajaan Pahang mungkin bankrap, sebab itu tak bayar ganti rugi ini. Kerajaan Pusat mestilah tolong jelaskan bayaran kerana ianya hak pemegang saham.

"Mereka mahu hak mereka sebab itu sanggup adakan mogok lapar sehingga jatuh sakit," katanya.

Tegasnya, Adnan harus bertanggungjawab kerana perkara itu sudah diketahui umum dan menjejaskan reputasi kerajaan negeri di bawah pimpinan BN.

"Kalau Adnan rasa tak mahu pikul tanggungjawab, eloklah lepaskan jawatan sahaja," katanya.

Seruan Gemilang memfailkan saman tersebut terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri pada Disember 2002 kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

Friday, June 17, 2011

711 peneroka Jengka pula saman Felda


TEMERLOH, 17 Jun: Seramai 711 peneroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka memfailkan saman berjumlah RM344 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah dalam urusan jualan hasil sawit.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, selaku defendan kedua.

Dalam kenyataan tuntutan, mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred (KPG) sejak 15 tahun yang lalu hanya 18.5% seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS, iaitu resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.

“Sedangkan tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.

“Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila kadar KPG sawit yang mereka terima tidak menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia,” kata peguam Sivarasa Rasiah yang membacakan kenyataan tersebut kepada media.

Tambahnya, berdasarkan kes Mahkamah Persekutuan mengarahkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada penerokapeneroka melalui wakil mereka, telah menghantar contoh hasil buah kelapa sawit mereka kepada tiga makmal bebas untuk menilai kadar sebenar KPG.

“Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadarnya ialah 31.5% dan setelah diselaraskan peneroka percaya purata KPG tidak kurang daripada 27%. Ini bermakna terdapat perbezaan purata 8.5% yang digunakan oleh defendan kedua.

“Kami mempunyai bukti menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang dan dibayar oleh Felda dengan purata harga RM560.

“Jadi dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30,912 bagi tahun 2008 sahaja. Justeru peneroka menganggap telah berlaku penipuan dan pecah amanah,” katanya.

Menurut Sivarasa, semua peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.

Dalam pada itu, peneroka mendakwa kilang Felda juga telah memotong buah sawit dengan kadar 200 kilogram sebulan tetapi tidak dikembalikan kepada mereka.

Dakwa mereka, ini membawa kerugian kepada mereka dengan kadar RM560 x 2.4 atau RM1,344 setahun bagi setiap peneroka atau RM14,333,760 bagi semua peneroka dalam tempoh 15 tahun.

“Ini bermakna dalam tempoh yang sama, Felda telah menyebabkan kerugian kepada 711 peneroka-peneroka ini sebanyak lebih RM344 juta,” kata Sivarasa yang mengetuai panel peguam.

Sementara itu, Sivarasa berkata laporan ini merupakan kes pertama di Pahang dan yang keempat di Malaysia melibatkan peneroka menyaman Felda dalam isu KPG.

Sebelum ini sudah terdapat peneroka di Felda Kemahang, Moakil dan Serting.

Monday, June 6, 2011

Najib Altantuya Bakal Turun JENGKA???

Stadium mini, bandar jengka yang asyik bersemak dan hambar kini cantik dengan cat yg baru dan penambahan tempat duduk di kiri dan kanan pentas utama


Desas - desus dari sumber yang boleh di percayai telah mengatakan bahawa najib bakal turun ke Jengka menemui peneroka felda di Jengka 7 Julai 2011. Ini adalah kerana beberapa persiapan yang telah di lakukan oleh pihak berwajib menceriakan dan membuat persedia bagi mneyambut PM julai nanti.

Berita desas desus ini di kuatlan lagi dengan banner yang terpampang "Gotong Royong Perdana" sempena Hari Peneroka nanti. Lihat banner di bawah :

Banner gotong royong sempena hari peneroka

Selain itu, menurut sumber2 yang diterima penduduk jengka bakal menerima projek-projek pembanguna yang baru. Antara yang di sebut ialah Terminal Jengka akan berubah, Pasar borong, jalan raya dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga yang sedang giat di bangunkan di bandar jengka ialah restoran dan kedai makan dalam pagar yang kini sedang di bangunkan.

Tidak syakk lagii memang PM Najib akan turun ke jengka dan akan menjanjikan sesuatu buat warga jengka.

Bagi saya sepatutnya Jengka sudah di angunkan dahulu lagi. tetapi apabila hampirnya tiba pilihanraya maka Pm akan turun ke jengka untuk menggembirakan peneroka felda di jengka..

agenda lain juga semestinya peneroka akan di janjiikan dengan bermacam-macam2 habuan untuk meraih undi. itu sudah biasa....

Di Kesempatan ini...saya nasihatkan peneroka felda di jengka supaya bijak membuat pilihan dalam pru akan datang. jgn hanya gembira dengan habuan yang sementara tetapi kecewa dan sedih memannjang sampai ke akhirat kerana memberi sokongan kepada pemimpin yang zalim....

setiap hari kita di tindas dalam diam2....... PAS ganti umno/be END!!

Tuesday, May 17, 2011

Rahim Tamby Chik Solat 1 rakaat sebelum masuk waktu asar...


Bila baca keratan akhbar ni, macam nak tergelak pun ada. huhhu. mana taknya, azan asar x masuk lagi solat 1 raakat. tahiyatul masjid pun 2 rakaat. Agaknya rahim tamby chik ni dok terbayang aksi video seks tu dalam smbahnyang dia sampai terlupa rakaat...ha ha.

Yang pastinya golongan trio t ni memang jauh dgn agama. nak cari, tuntut ilmu agama alamatnya kiamatla. sebelum wat sumpah laknat tu pun bekas imam tu dah bg tazkirah penjelasan, dia tetap teruskan juga sumpah tu, maknanya tazkirah tu x de kesan dan manfaat bg dia....

aku pernah dgr ustaz2 sebut dlm kuliah...tazkirah ni akan bg manfaat bg org beriman...klu x de manfaat dgn tazkirah tu?? mcm ne??? LU FIKIR LA SENDIRI BEB!!!!

Monday, May 9, 2011

GEMPAR – Selepas Gambar dan Video, Obama Akan Adakan Sumpah Laknat

Washington, 10 Mei 2011 – Selepas penguman kematian Osama yang diikuti dengan gambar dan terkini video gagal meyakinkan dunia, Obama dijangkan akan mengadakan sumpah laknat.

Sumber-sumber daripada Rumah Putih mengatakan, upacara sumpah laknat tersebut akan diberikan kerjasama sepenuhnya oleh Jabatan Anti-Terroris Washington (JAWI).

Dipercayai, keputusan untuk mengadakan sumpah laknat tersebut dipersetujui oleh Obama selepas beliau mendapat nasihat daripada APCO.

APCO merupakan sebuah firma perundingan antarabangsa yang pernah memberi nasihat untuk menaikkan imej negara Israel dan sebuah negara di Asia Tenggara yang namanya dirahsiakan.

Menurur sumber juga, sumpah laknat itu dilaksanakan berdasarkan kes yang pernah berlaku di sebuah negara yang dinasihati APCO yang berjaya meyakinkan rakyat negara tersebut.

”Kami yakin dengan cara ini masyarakat dunia tidak akan ragu-ragu lagi kerana Obama akan melafazkan ikrar tersebut sebanyak tiga kali”, kata sumber yang enggan didedahkan namanya itu.

Menurut sumber lain pula, sebelum sumpah laknat tersebut dilaksanakan Obama akan membuat sidang media untuk memaklumkan upacara majlis itu nanti yang akan disiarkan secara lansung.

”Obama juga akan mencabar Osama yang dikatakan meninggal dunia untuk bersumpah bersama-sama beliau bagi membuktikan kebenaran”, menurut sumber itu juga.

Thursday, May 5, 2011

UMNO perosak anak bangsa...perosak pelajar2 di sekolah!!!

KLIK PADAN POSTER DI ATAS UNTUK SIZE ASLI

"Nampaknya Kementerian Pelajaran mahu Menjahanamkan pelajar sekolah Melayu dengan tarian terkangkang-kangkang budak perempuan. Boleh pula Kementerian Pelajaran menjadi penaja atau penganjur bersama program My School Rocks 2011.

Dari Blog Ustaz Abdul Halim Abdullah - Budaya Barat serang sekolah-sekolah Malaysia

3 Mei 2011 - Melalui Mickey Mouse, Astro dan berbagai saluran, institusi dan tokoh, Barat dan kuncu-kuncunya menyerang keperibadian dan jatidiri kanak-kanak dan remaja Islam di sekolah-sekolah mereka.

Disamping Budaya Barat menyerang golongan belia dan dewasa di Malaysia melalui penyebaran isu-isu lucah sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak dan remaja pula diserang melalui penganjuran tarian rock, pengadilnya celebriti dari Barat.

Tarikh tutup pendaftaran “My School Rocks” pada 20 Mei 2011 ini adalah menggunakan promosi ala-Mickey Mouse yang mendapat tempat dalam minda ramai kanak-kanak sedunia.

Jika tidak kerajaan, RAKYAT HARUS BANGKIT MENENTANG SERANGAN BUDAYA BARAT YANG MEROSAKKAN GENERASI.

Baca seterusnya desakan dan saranan Ustaz Abdul Halim Abdullah agar menyekat Budaya KUNING ini pada Blog beliau di http://inijalanku.wordpress.com/2011/05/03/budaya-barat-serang-sekolah-sekolah-malaysia/

Gambar pelajar sekolah Malaysia terkangkang di http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Showbiz:

Which school rocks?

KL IT'S finally down to four teams. Sekolah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nanas KL, Sekolah Menengah La Salle, Sabah, Sekolah Seni Malaysia Johor Baru and Penang Chinese Girls' High School scored the highest for their energetic and creative dance performances.

They beat 300 participating school teams at the recent auditions to enter the finale of Disney Channel’s High School Musical: My School Rocks! 2010

http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_Whichschoolrocks_/Article/index_html

Thursday, April 28, 2011

Gambar Lucah Di Media; Mana Peranan KDN

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya.
Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?



Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, March 31, 2011

Pahang, oh pahang...apa nak jadi ni!!!

memang betul umno dah nyanyuk, semua tindakan kerajaan umno pahang dah tak tentu hala. mcm org dah x blh nak fikir panjang....

dalam seminggu saja mcm2 hal berlaku....

1-Isu Pahang: Tindakan 'Kerajaan Negeri' Luluskan Lesen Membalak Di Kawasan Tadahan Air Amat Di Kesali Dan Membuktikan Sikap Sebenar UMNO BN

TEMERLOH, 31 Mac - Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato' Seri Adnan Yaakob dikritik kerana tidak mengendahkan perasaan rakyat sekitar kawasan Jerantut apabila meluluskan kawasan tadahan air untuk penebangan balak. “PAS membantah keras kelulusan kawasan tadahan air yang telah digazetkan sebagai hutan simpan Jerantut (tambahan), petak 11A, 3A dan 15A sebagai kawasan pembalakan. Kawasan tadahan air ini melibatkan berpuluh kampung dan akan memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata Kerajaan Negeri tidak wajar luluskan kawasan untuk pembalakan yang telah diwartakan sebagai tadahan air kerana ia akan mendatangkan risiko kekeringan sumber air, pencemaran sumber air penduduk dan juga kerosakan alam sekitar yang menjadi sumber pendapatan utama bagi masyarakat asli di sekitar kawasan tersebut. “Jangan hanya tengok atas pelan dan perasaan rakyat langsung tidak diendahkan. “PAS desak kerajaan batalkan kelulusan ini atau rakyat akan adakan demo sekiranya bantahan ini tidak dipedulikan,” tegasnya lagi.

2- Radioaktif: ABIM Pahang Pandang Berat Tentang Kenyataan MB Dan Gesa Di Adakan Dialog Dengan Wakil-Wakil Masyarakat Serta NGO Yang Terlibat

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob yang menyatakan pembinaan kilang pemprosesan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan adalah selamat serta tidak menjejaskan keselamatan penduduk persekitaran. Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Amidi Abd Manan (foto) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengadakan dialog dengan wakil-wakil masyarakat setempat dan NGO-NGO yang membantah pembinaan kilang terbabit. “Dialog ini amat perlu untuk mencari titik persefahaman di sebalik percanggahan serta perbezaan pandangan yang diutarakan kedua-dua belah pihak,” ujarnya. ABIM juga, katanya turut menyarankan kerajaan negeri memahami kerisauan dan kebimbangan rakyat terutama sekali di kawasan Perindustrian Gebeng dan sekitarnya. Katanya, kerisauan itu sebenarnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutama sekali setelah tragedi kebocoran radioaktif yang melanda Jepun baru-baru ini, dan suatu ketika dahulu di Tasik Bukit Merah, Perak. “Merujuk konteks tragedi Bukit Merah, kita telah menyaksikan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat setempat meskipun pada suatu ketika telah menerima jaminan keselamatan daripada pihak-pihak berkenaan terutama sekali Kerajaan Negeri Perak,” ujarnya.

3-Panas: Terbukti MB Pahang Tergamak Perjudikan Nasib Rakyat Untuk Keuntungan Sama-Mata Bila Dia Sokong Pembinaan Kilang Rare Earth Gebeng

BENTONG 31 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd. dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Katanya, kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. "Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini. Terdahulu, beliau dan semua pengerusi jawatankuasa kerajaan negeri diberikan taklimat kali kedua daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Menurut Adnan, sebelum meluluskan permohonan daripada syarikat berkenaan pada tahun lepas, ia telah melalui beberapa proses yang ketat dan membabitkan beberapa badan teknikal daripada LPTA dan pihak-pihak yang berkaitan dengan nuklear. Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan. "Kita berharap penduduk terutamanya di Kuantan tidak merasa panik atau gusar apabila kilang itu yang dijangka beroperasi pada September ini kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut tetapi air itu akan dikitar semula,” katanya lagi.

Pemuda UMNO juga bantah projek ini. Kenapa MB tuduh pembangkang?

4-Isu Rakyat Pahang: Laporan Tindakan "Meroboh" Sambungan Haram Rumah Banglo, MPK Di Minta Robohkan Dulu Premis Haram Di Indera Mahkota

KUANTAN, 31 Mac - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa merobohkan terlebih dahulu sebuah restoran "haram" yang didirikan atas tapak tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota sebelum beriya-iya mahu mengguanakan kuasa mereka untuk merobohkan sambungan rumah secara haram sebuah banglo di Jalan Tengku Muhamad dekat sini. Laporan Sinar Harian Pahang hari ini memetik, MPK memberikan tempoh seminggu kepada pemilik rumah banglo terbabit sebelum sebelum tindakan roboh diambil. Ketua Bahagian Perhubungan dan Khidmat Masyarakat MPK, Haslinda Hassan (foto) berkata, sebelum ini pihaknya telah memberikan tempoh lapan bulan kepada pemilik rumah untuk berbuat demikian, namun masih tidak diendahkan. “Kami telah mengeluarkan notis semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan supaya pemilik kediaman menghentikan kerja penyambungan rumah serta-merta tahun lalu. Bagaimanapun, pemilik tersebut mengingkari arahan dan tetap meneruskannya. “Pihak MPK terpaksa melakukan operasi meroboh kerana pemilik kediaman telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 72 (1) Akta Jalan, Parit, dan Bangunan (Akta 133) iaitu mendirikan bangunan tanpa mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pihak MPK,” katanya. Katanya, sambungan binaan tersebut bercanggah dengan peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang memerlukan anjakan unjuran akhir bangunan dua meter ke mana-mana sempadan lot pemilik.

Sambung Rumah Haram Kerana Tiada Kelulusan

“Kebanyakan pemilik kediaman tidak menyedari bahawa keperluan anjakan dua meter bertujuan untuk melindungi pemilik dan jiran sekiranya berlaku kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke rumah sebelah. “Pemilik juga akan menghadapi masalah tuntutan insurans sekiranya berlaku kebakaran,” katanya. Menurut Haslinda, MPK telah memberi tempoh mencukupi kepada pemilik kediaman tersebut untuk membuka sambungan rumah serta mengeluarkan Arahan Roboh pada 30 September 2010 disusuli Arahan Roboh kedua pada 13 Oktober 2010. “Bagaimanapun, atas budi bicara pihak MPK melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah memberikan tempoh selama tiga bulan ke atas rayuan pemilik kediaman untuk merobohkan sendiri sambungan tersebut,” katanya. Walaupun telah berkali-kali diberi peluang, namun pemilik kediaman tetap berdegil serta tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan. “Kedegilan pemilik kediaman memaksa kami mengeluarkan Notis Masuk Meroboh 24 jam pada 28 Mac lalu. “Sekiranya tempoh lanjutan selama seminggu ini masih tidak diendahkan, kami akan meneruskan operasi meroboh tanpa memberi sebarang notis lagi,” katanya.

5-Isu Rakyat Pahang: Kakitangan Kerajaan Kecewa, Kerana "Kesilapan Teknikal" Oleh Peguam Beliau Pula Telah Di Saman Gara-Gara Membeli Rumah !

KUANTAN, 30 Mac - Seorang kakitangan awam yang bertugas dengan sebuah jabatan Kerajaan Negeri Pahang, kecewa tindakan Firma Guaman Tetuan K.C Wai & Associates yang menfailkan tindakan saman mencecah hampir RM30,000 gara-gara kesialapan teknikal dalam urusan membeli sebuah rumah di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota dekat sini. Difahamkan kes tersebut kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sekysen Raub. Menurut individu terbabit, beliau kecewa kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak lain, akhirnya firma guaman tersebut menyaman beliau. Menurutnya, rumah itu dibeli daripada dua orang plantitif dan Tetuan K.C Wai & Associates adalah peguam bagi pihak penjual. Manakala peguam bagi pihaknya pula ialah Salamon , Zuraida & Partners yang berpejabat di Center Point Kuantan. Semua urusan jual beli telah selesai kerana beliau membuat urusan melalui pinjaman kerajaan. Beliau juga sudah membayar semua urusan yang berkaitan termasuk bayaran peguam dan lain-lainnya. Rumah yang dibeli dengan harga RM91,000 itu telah pun diduduki ketika proses pinjaman berjalan. Kelewatan yang jelas ialah akibat kesilapan nama pada geran hak milik yang telah dibuat peguamnya Salamon, Zuraida & Partners.


6-
Isu Rakyat Pahang: Kontroversi Radio Aktif "Rare Earth", Kenapa MCA Dan NGO Cina Lebih Prihatin Membela Nasib Rakyat Daripada Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai (foto) meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan. "Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum. "Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, semalam. Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut. Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut. Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak dapat maklumat yang jelas berhubung status loji.

MASALAH AIR PUN X SELESAI LAGI....???? NI MASALAH 60 AN LA WAHAI UMNO!!!!

7-Isu Rakyat Pahang: Masalah Air Makin Kritikal Di Sekitar Temerloh, Penduduk Kini 'Terpaksa' Pergi Sehingga 30 Kilometer Semata-Mata Untuk Mandi

Laporan Sinar Harian edisi Pahang 29 Mac adalah dipetik. Sungguh mengejutkan dan cukup memeranjatkan apabila dilaporkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab terputus bekalan air sejak tiga hari yang lalu. Lebih mengundang kemarahan penduduk terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) ialah ia turut melibatkan kawasan Seberang Temerloh yang menjadi lokasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS). Bukan itu sahaja, malah ada sesetengah tempat yang sudah hampir sebulan tidak berair seperti yang kami dedahkan sebelum ini. Sesungguhnya mereka kini hidup menderita akibat masalah yang cukup kritikal ini sebenarnya. Bayangkan ada penduduk yang terpaksa memandu kereta sejauh 30 kilometer menuju ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang setiap hari bagi kegunaan ahli keluarga. Soalnya kenapa ini berlaku?. Malahan terdapat juga laporan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Temerloh mengambil "acuh tidak acuh masalah" yang dialami oleh penduduk ini. "Biasa tak pernah terjadi , JBA lambat dan lembab buat tindakan , memalukan la bandar utama terputus bekalan dah lah tak hantar air. Sedihnya tindakan perlaksanaan JBA sangat lemah , bayangkanlah call JBA dia org offkan fon ... kalau petang ni tak ada lagi nampak gayanya kena email ke SUK kali ke. Masalah JBA ni gaji Pengarah besar sangat tu la pasal bila jadi mcm ni tak pandai nak turun padang paling mudah angkat gangang dan offkan fon ..satu-satu perkhidmatan paling primetif yang saya pernah jumpa di abad ini", kata salah seorang daripada penduduk.

sumber ; PDO

AKU dah geram....geram, geram geram!! macam2 dah berlaku kat negeri tok gajah ni!!! semakin hari semakin teruk. lepas satu masalah, dtg plak masalah lain.... semua umno punye pasal!!!!

rakyat pahang jgn dok diam wei???? korang ni kena bijak...umno dah songlap duit rakyat!!! korang x sedar juga....kita kena bangkit!!! anak-anak cucu kita yg akan hidup masa depan!!! klu sistem cm ni, aku takut anak cucu kita akan terikut dengan gejala songsang ni....

jgn pelik la klu anak cucu korang (umno) suka tengok video seks/lucah...mana tidaknya, seks ni mcm dah biasa bg mereka.....jaga2!!!

yg penting PRu nnti kita tukar kerjaan!!!! UNDI MESTI PAS+PKR+DAP!!!!! pakatan rakyat!!!

Friday, March 18, 2011

Kerajaan digesa bela nasib generasi kedua Felda

Harakahdaily
KUANTAN:
Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu.

Anak seorang peneroka Felda dari Kota Gelanggi 1, Kamarul Hatta Mohamed Ali, 42, berkata, selain peneroka generasi kedua di tanah-tanah rancangan yang berjaya juga sepatutnya diberi banyak peluang supaya mereka tidak berhijrah.

Tambahnya, apabila mereka yang mendapat pendidikan formal dan berkemahiran tinggi tidak diberi ruang akhirnya terpaksa membina kerjaya dan kehidupan di luar Felda sehingga tinggallah generasi kedua yang sesetengahnya bermasalah.

Menurut Kamarul, pengalaman berkempen di kawasan Felda pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini beliau banyak bertemu generasi kedua dan ketiga yang pulang ke Felda untuk mengundi, rata-rata tidak puas hati kerana tiada peluang pekerjaan di tanah rancangan sehingga terpaksa berhijrah ke ibu kota mencari rezeki dengan meninggalkan ibu bapa yang telah tua.

“Anak peneroka sepatutnya diberi peluang membina kerjaya dalam rancangan Felda seluruh negara melalui peningkatan peluang pendidikan dan kemahiran dengan misi agar pengurusan Felda kelak akan di tadbir oleh anak-anak peneroka.

“Anak-anak peneroka yang telah terbukti berjaya di luar patut dibenarkan lebih ramai bekerja dalam anak-anak syarikat Felda. Apa yang berlaku tidak begitu, contohnya kontrak-kontrak yang diserahkan oleh Felda Plantation dan Technoplant kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang luar,” ujarnya

Tambah Kamarul, akibatnya anak-nak peneroka terpaksa bekerja sebagai kuli kepada kontraktor luar yang mengusahakan ladang-ladang bapa mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak mengambil berat pendedahan daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye bahawa kadar jenayah di Felda semakin meningkat setiap hari.

“Isu ini tidak boleh di pandang remeh. Dimana peranan pengurusan Felda didalam menyelesaikan masalah ini? Sehingga kini tiada satu usaha pun dilihat bagi membendung masalah gejala sosial dan maksiat.

“Tidak adakah rasa simpati dengan sesetengah generasi kedua dan ketiga yang masih terpaksa menumpang sebumbung dengan ibu bapa walaupun sesetengahnya sudah berkeluarga. Jadi Felda yang sudah maju dengan hasil titik peluh peneroka sepatutnya memberi kemudahan perumahan untuk mereka.

“Bagi menjamin pengeluaran hasil berterusan di samping nasib anak Melayu terbela, anak-anak peneroka patut digalakkan terlibat dalam pengurusan ladang dan persekitaran melalui agihan dan memajukan lot-lot tanah kosong untuk keperluan mereka,” katanya.

Dalam pada itu Kamarul mendesak kerajaan negeri Pahang supaya mempercepatkan proses pemberian geran tanah setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali dan menaik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik.

Katanya, beliau diberitahu kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah geran kepada peneroka.


GAMBAR:

Kamarul Hatta (baju putih, tengah) bersama Dato' Fauzi dan jentera pakatan Rakyat di Jengka 22 dalam PRK Kerdau

Thursday, February 24, 2011

Calon Kerdau seorang Ulama?? Ustaz??

Kedua-dua calon telah diumumkan oleh parti masing-masing. PAS akan diwakili calonnya oleh Hasanudin Salim yang tidak kurang hebatnya. Merupakan Ketua Penerangan PAS Pahang. Manakala UMNO/BE end pula akan diwakili calonnya oleh Syed Ibrahim Syed Ahmad, merupakan naib ketua bahagian Umno Kuala Krau.

Desas desus dengar dari mulut-mulut orang UMNO/BE end yang piorrr ni, kata mereka calon BN tu ulamak. Calon PAS bukan ulamak. Jadi takkan korang nak sokong yang bukan ulamak kot...!!

Itulah melesetnya kefahaman orang-orang UMNO/BE end yang piorrr ni hasil didikan pimpinan mereka yang jauh dari agama.

Persoalannya benarkah "ulama" atau "ustaz" di dalam umno ini benar-benar boleh di kategorikan sebagai ulama yang benar menepati ciri-ciri ulama?

Di sepanjang sejarah memang ada ustaz-ustaz yang pulang dari belajar di negara arab yang memasuki umno. Tetapi apakah hasilnya kemasukan mereka di dalam umno itu? apakah perubahan umno?? benarkah umno itu memperjuangkan Islam.?

Peranan ulama/ustaz yang sbenar ialah antranya bersungguh-sungguh mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tetapi dari dahulu sehingga sekarang....macam-macam kemungkaran yang ada di dalam negara kita ini,...siapa yang ingin dipertangggungjawabkan??

Macam telah didedahkan di media, internet dsb....ada gambor menteri itu minum arak...pemimpin umno rogo amah la.... yang terbaru di pahang orang kuat muip kantoi khalwat....apakeJADAH semua ni...mana ustaz-ustaz umno...mana ulama umno yang 40 org tu....

Lagi....

Sudah ramai Ulama’ yang masuk Umno tetapi persoalannya adakah Ulama-ulama’ tersebut mampu membuat perubahan dalam parti.

Ulama' Umno yang baru masuk ini kebanyakan hanya duduk di 'kaki lima' Umno jauh sekali dari dilantik ke jawatan penting. Hanya 2 atau 3 kerat sahaja yang digunapakai oleh Umno dan selepas beberapa ketika mereka ditendang begitu sahaja.

Sudah ramai Ulama’ yang menyatakan sokongan terbuka kepada Umno selama ini tetapi adakah Ulama ini berjaya menasihatkan pimpinan Umno sehingga berubah. Contoh paling mudah ialah dalam soal menutup aurat, sudahkah Ulama’ Umno menasihat pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul.

Sudahkan Ulama” Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat ?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan supaya menggunapakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menggunapakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menghapuskan lesen judi, arak, rumah urut, kelab malam dan pusat-pusat maksiat,

Sudahkah Ulama’ Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya memerintah dengan adil dan tidak mendiskriminasikan kerajaan negeri-negeri PR.

Kalau di Pahang ini, lihat saja di bandar Kuantan.. banyak dilorong-lorong tertentu berkeliaran mak nyah2 yang menjual tubuh pada waktu malam...disko dan pub yang menjual arak berada di bandar kuantan tu...

tidak di nafikan memang kerajaan ada melakukan program agama...sebagai contoh sambutan maulidur rasul baru2 ini. tapi adakah hanya sahaja menyambut kelahiran RAsulullah, dalam masa yang sama meninggalkan segala ajaran dan sunnah baginda??

Cukupkah hanya sekadar berarak dengan berselawat kepada Rasulullah itu nak melayakkan kita cintaka rasulullah??/ kemudian umum tokoh maulidur rasullll....adush pening2...siapa yang mengajar hanya dengan itu melayakkan kita menjadi kekasih Rasulullah??

Tun Mahathir pernah berkata.."Ulama Umno ‘diam dan berisi’" apa maksud tu....


saya rasa di sudut hati kecil ulama/ustaz di dalam umno ini memang setuju dengan apa yang saya nyatakan di atas...tapi....tetapi apa??? korang jawab sendiri la....

TOLAK UMNO...............UNDI PAS!

Friday, February 11, 2011

Jengka: Bandar terbesar Melayu yang perlu daerah sendiri

Lazimnya sesebuah bandar dikaitkan dengan Cina kerana tradisi komuniti bangsa tersebut mengusahakan perniagaan.

Berdasarkan ukuran itu, di sinilah terletaknya keistimewaan Bandar Pusat Jengka, Pahang kerana ia sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu 100 peratus.

Dengan nama rasminya Bandar Tun Razak Jengka, ia terletak di tengah-tengah gugusan tanah rancangan Felda yang terbesar di Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Jengka Tiga Segi kerana meliputi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut.

Bandar tersebut pada mulanya merupakan sebuah penempatan pekerja-pekerja Kilang Syarikat Jengka Sdn Bhd. (SJSB) anak syarikat kerajaan Pahang sekitar tahun 1969. Namun beransur-ansur menjadi penting sebagi pusat perniagaan bagi menampung keperluan puluhan ribu warga peneroka pada ketika itu.

‘Bandar Felda’ ini terletak di bawah pentadbiran Daerah Maran tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Krau.

Bermula pada tahun 1983 pembangunan Bandar Jengka telah diurustadbir oleh sebuah agensi kerajaan pusat iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Pada ketika itulah Bandar Jengka membangun dengan pesat menyamai sebuah daerah. Di situlah terletaknya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang iaitu universiti pertama di negeri ini. Terdapat dua buah kolej, empat buah sekolah menengah, tiga buah sekolah rendah dan maahad tahfiz.

Kemudahan lain ialah hospital Jengka, Masjid Sultan Ahmad Shah, lima buah bank perdagangan, Tabung Haji serta agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Agama Islam, balai polis, bomba, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan pejabat Bekalan Air Pahang.

Namun setelah LKWJ dibubarkan pada Oktober 2000, Bandar Jengka yang diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) kelihatan tidak terurus dan sudah tentu memberikan imej negatif kepada bandar Melayu terbesar ini di mata umum. Semak samun di kebanyakan tempat, longkang yang tersumbat dan dipenuhi semak, bangunan rumah pangsa yang menakutkan serta perumahan terbengkalai semua itu menyakitkan mata dan tidak menggambarkan ia bandar Felda, sebuah agensi yang kaya.

Jengka dihuni 300 ribu penduduk

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan (1999 – 2004) telah acap kali mendesak kerajaan agar Jengka yang kini dihuni penduduk hampir 300,000 diwujudkan daerahnya sendiri bagi menjaga kebajikan penghuninya.

“Dengan penduduk yang menjangkau 300,000 dan hasilnya yang tinggi kita mahu Jengka ini menjadi satu daerah baru bagi menjana ekonomi penduduk dan supaya perkhidmatan perbandaran dapat ditumpukan secara berkesan.”

“Pada masa ini bandar dan tanah rancangan dengan hampir seratus peratus penduduk Melayu itu berada dalam kawasan Majlis Daerah Maran. Namun rata-rata merungut kerana perkhidmatan perbandarannya seperti pembersihan sampah, semak samun dan longkang jauh daripada memuaskan,” katanya.



Sebenarnya kedudukan strategik Bandar Jengka sememangnya layak dinaikkan taraf menjadi daerah sendiri kerana terdapat dua buah bandar kecil berhampirannya iaitu pekan Sungai Jerik dan Pekan Kuala Krau. Lagipun selama ini penduduk persekitaran sememangnya berurusan di Bandar Jengka yang sudah lengkap dengan pra-sarana dan keperluan sebuah daerah.

Dengan siapnya jambatan baru Kuala Krau merentasi Sungai Pahang, Bandar Jengka menjadi semakin penting.

Sementara itu bekas jurutera Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) Musaniff Abdul Rahman, yang menetap di Bandar Jengka berkata kawasan berkenaan memang layak dinaiktaraf sebagai sebuah daerah kerana penduduk dan hasil yang diperolehi sudha mencukupi.

“Dulu ada LKWJ yang mentadbir dan membangunkan ekonomi orang Melayu di wilayah ini. Ketika itu keadaan tidak seperti sekarang. Namun setelah agensi Persekutuan tersebut dibubarkan pada Oktober 2000, suasana sudah banyak berbeza dan seakan-akan Bandar Jengka terpinggir . Inilah kesan penutupan LKWJ”.

“Satu lagi kalau kita tengok jalan-jalan utama yang menghala ke Bandar Jengka semuanya sempit kerana dibina pada tahun 60-an sedangkan penggunaannya sibuk sehingga hampir setiap hari berlaku kemalangan. Jika wujud sebuah daerah baru akan ada peruntukan daripada kerajaan”, katanya.



Jalan-jalan utama Jengka menjadi semakin sibuk apabila tiba musim perayaan dan cuti umum kerana kebanyakan generasi kedua Felda yang berjaya pulang dari ibu kota dan bandar-bandar besar seluruh negara.

Seorang generasi kedua Felda, Aris Fezul Ismail, 39, berkata kerajaan perlu memberi peluang kepada Jengka dinaiktaraf sebagai daerahnya sendiri bagi memberi peluang kepada penduduk setempat.

“Oleh kerana Jengka ini bandar Melayu, sepatutnya pihak kerajaan bersikap kreatif dan proaktif membina pra-sarana secukupnya. Apatah ia kawasan Felda yang dikenali sebagai agensi yang kaya. Dengan kedudukan strategik, sepatutnya di sini boleh dibina Muzium Felda bagi mendedahkan golongan muda mengenali sejarah perit jerih perjuangan para peneroka membuka tanah sehingga menjadi estet terbesar di dunia”.

Jengka berpotensi jadi tarikan pelancong



“Bandar ini juga boleh dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini. Kerana kawasan sekitar memiliki produk pelancongan berkualiti. Semua ini hanya boleh dicapai jika dinaiktaraf sebagais ebuah daerah baru”, ujar Aris.

Tidak jauh dari Bandar jengka terdapat tempat-tempat destinasi menarik kunjungan ramai. Antaranya ialah Gunung Senyum, Gunung Jebak Puyuh, Bukit Nyamuk, dan Gua Kota Gelanggi yang kaya dengan khazanah alam flora dan fauna. Kawasan rekreasi utama yang terkenal pula ialah Air Terjun Teladas, Lubuk Yu dan Lubuk Jid.

“Semua destinasi tarikan pelancong itu terbahagi kepada daerah Temerloh, Maran dan Jerantut. Jika diwujudkan daerah baru Jengka saya rasa pengurusannya lebih praktikal,” tambah Aris.

Seorang penduduk Bandar Jengka, Engku Nor Zaman Engku Mohamed, 40, berpendapat sejak bandar tersebut berada di bawah MDM, persoalan kebersihan dan pemandangan sering menjadi rungutan.

“Dulu, pihak Majlis Daerah Maran ada membuat pemotongan rumput secara berjadual pada setiap bulan. Malangnya sekarang tiada lagi. Rumput serta lalang di kiri kanan jalan melebihi ketinggian orang dewasa kerana tidak dipotong. Bayangkanlah kami penduduk di sini yang menggunakan jalan di persekitaran kawasan perumahan terpaksa lebih berwaspada setiap kali hendak keluar masuk simpang”.

”Selain kemalangan, semak samun juga boleh mendatangkan risiko dan bahaya serangan binatang bisa terutama kepada kanak-kanak. Perkara ini telah kami adukan kepada pihak Majlis Daerah Maran tetapi sampai sekarang keadaan masih lagi tidak berubah.”
Engku Nor Zaman memberi contoh rumah pangsa di Rantau Perintis, di bandar ini yang dilitupi semak samun. Begitu juga dengan banyak longkang yang tersumbat sehinggakan bila hujan, acap kali berlaku limpahan air ke jalan raya. Justeru beliau berpendapat Jengka perlu memiliki majlis daerahnya sendiri.

“Ada kemungkinan tidak cukup peruntukan kewangan. Justeru itu saya mencadangkan diwujudkan Majlis Bandaran sendiri bagi Bandar Jengka kerana pada fikiran saya hasil yang ada sudah mencukupi” , ujarnya.


GAMBAR:
1. Tuan Ibrahim
2. Musaniff
3. Aris Fezul
4. Engku Norzaman
5. Beginilah keadaan sebuah rumah pangsa di Bandar Jengka yang terbiar


Artikel disiarkan dengan ihsan Akhbar KABAR

Sunday, January 16, 2011

Kerajaan Negeri Pahang Tergamak Memotong 10% Daripada Peruntukan Sekolah Agama Rakyat

Memalukan, "Kerajaan Negeri Pahang" Pimpinan Orang 'Melayu Islam UMNO' Tergamak Memotong 10% Daripada Peruntukan Sekolah Agama Rakyat

Ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Khairiah Temerloh tahun lalu, Pegawai Khas Agama Menteri Besar Pahang iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad mencadangkan Sekolah Agama Negeri (SAN) diserahkan kepada Kerajaan Pusat, dengan hujah, 18 SAN yang ada di Pahang ini daif, sempit dan ketinggalan termasuklah tidak ada padang permainan. Beliau ketika itu memberi bandingan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diserahkan kepada kerajaan BN melalui SABK, katanya, sudah pun jauh maju ke hadapan. Kenyataan beliau itu telah mendapat reaksi keras dan kecaman daripada ibu bapa pelajar yang hadir . Mereka berpendapat, sebagai pegawai yang berkhidmat di bawah negeri, Syed Ibrahim sepatutnya berikrar mengekalkan SAN yang ada di bawah kuasa Sultan dan bukannnya dengan mudah untuk menyerahkan sekolah terbabit kepada Kerajaan Pusat. Tindakan beliau jelas sekali menghina kemulian Sultan itu sendiri sebenarnya. Inilah bukti sikap biadap pemimpin UMNO BN terhadap rakyat terutamanya umat Islam di negeri Pahang ini sebenarnya. Beliau yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau jelas sekali tidak layak untuk menjadi Pembantu Khas Agama MB, jika inilah bahasa yang diucapkan ketika itu. Ternyata fenomena yang berlaku sekarang 18 buah Sekolah Agama Negeri di Pahang kini memang berada dalam keadaan daif dan cukup menghibakan sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto), nyata mengabaikan nasib sekolah-sekolah agama di negeri ini. Disaat, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sibuk menambah peruntukan untuk sekolah agama malah mereka yang terbabit dengan agama di negeri masing-masing, tiba-tiba terdengar berita Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh orang Melayu Islam UMNO memotong 10% peruntukan kepada sekolah agama di negeri ini. Jika benar dakwaan tersebut, ianya sungguh memalukan dan ternyata UMNO BN gagal membela nasib pendidikan Islam di negeri ini sebenarnya. Syed Ibrahim selaku Pegawai Khas Agama kepada MB harus bertanggungjawab atas perkara ini. Ternyata apa yang ditakuti rakyat kini menjadi kenyataan dan itulah realitinya sekarang ini.

Syed Ibrahim ketika menyampaikan hadiah di Hari Pemuafakatan
dan anugerah kecemerlangan Sek.Agama Al-Khairiah Temerloh

[Dalam keadaan kerajaan negeri sibuk meluluskan kawasan balak, lombong bijih besi dan lain-lain kepada proksi-proksi dengan mendapat untung besar jutaan ringgit. Tiba-tiba mereka tergamak pula menyiksa pihak yang bertanggungjawab untuk membangunkan syiar agama Islam di negeri ini. Malah, MB Pahang sendiri dipercayai adalah Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Sesungguhnya tindakan ini jelas amat memalukan dan wajar diberi perhatian oleh seluruh rakyat. Mereka sebenarnya tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini jika itulah keadaannya yang berlaku. Mereka sanggup memperkayakan proksi-proksi UMNO BN tetapi sanggup mendera rakyat dengan berbagai tindakan yang jelas sekali tidak boleh masuk dek akal. Apakah MB Pahang takut dan gusar rakyat "faham agama", lantaran akan menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang agaknya?. Justeru itu, fikirkanlah nasib agama jika inilah senario yang berlaku. Marilah sama-sama kita berubah dan lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya. Difahamkan alasan yang diberikan atas tindakan ini adalah sebagai langkah penjimatan kononnya. Walhal, mereka sanggup menghabis duit untuk tujuan lain sebaliknya gagal membela nasib sekolah agama itu sendiri. Jika inilah keadaannya, maka jauh lebih elok Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng mentadbir dan meningkatkan martabat pendidikan agama Islam di negeri itu. Oleh itu, seluruh rakyat Pahang diminta membuka mata serta hati melihat apa yang berlaku ini]. SUMBER