Photobucket

Friday, April 30, 2010

Pemuda AUMNO/BE END MEMANG KUANG AJO!!!

Subject: Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno.....

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno.....

Oleh Herman Samsudeen

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi"

"Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu"....begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup...tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.




--
HermanSamsudeen.
Sila layari blog saya di http://syukran.wordpress.com

Wednesday, April 21, 2010

BANTAH TONY BLAIR JEJAK KAKI DI MALAYSIA

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA ( MAPIM )
24-3-2, Tingkat 3, Jln 4/50, Diamond Square Off Jln. Gombak,
53000, Kuala Lumpur
Hotline : 019 4747141 / 012 3333825
Pejabat : 03-4023 5155
Fax : 03-4023 4155





SEGERA DAN PENTING

Kepada semua Pengerusi dan Imam Qariah
Kepada semua Khatib
Kepada semua Penda’wah

Assalamualaikum wr.wb.

MEMOHON AGAR DIBACA PENGUMUMAN BERIKUT KEPADA AHLI JAMAAH DI SEMUA QARIAH

Pada 24 hb April 2010 sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 di Sunway Pyramid Convention Center , Petaling Jaya.

Tony Blair sudah dikenali dan dicop sebagai penjenayah dan pembunuh kemanusiaan yang bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , Presiden Bush .

Dengan menjemput Blair, mereka yang menganjurkan Kongres itu telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya, dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Sebagai ganti diberikan penghormatan sebagai penceramah, beliau sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya.

Tony Blair adalah seorang yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq melalui penghantaran tentera UK bersama dengan tentera Amerika.

Perang pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.

Oleh sebab itu, tidak dapat difahami bagaimana sebuah syarikat Malaysia memilih untuk menjemput penjenayah perang Tony Blair sebagai penceramah utama di Kongres itu apabila begitu ramai pemimpin terkemuka dalam perniagaan dan politik yang dari segi moral dan perundangan belum lagi tercemar untuk dipilih.
Sehubungan itu, kami menggesa:

• Pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia.

• Orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.

• Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan.

• Pihak berkuasa hendaklah mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.

ATAS NAMA ISLAM , MARI KITA BANGKIT MEMBANTAH DAN JANGAN BENARKAN SEORANG PEMBUNUH DAN PENJENAYAH KE ATAS UMAT ISLAM DAN KEMANUSIAAN BERNAMA TONY BLAIR UNTUK MENJEJAK KAKI DI MALAYSIA

Kerjasama tuan-tuan semua di dahului dengan jazakallahu khair


Ditanda-tangani oleh:








Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia


Disokong dan ditandatangani:

1. Nusantara Initiative for Justice and Peace
2. Citizens International
3. Salimah (Muslima Movement of Malaysia)
4. Secretariate for the Ulama Assembly of Asia (SHURA)
5. TERAS Pengupayaan Melayu
6. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
7. National Muslim Students Federation
8. Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia
9. Persatuan Ulama Malaysia
10. Persatuan Ulama Kedah
11. Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY)
12. Majlis Permuafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH)
13. Angkatan Pemuda Islam , Penang
14. Forum Umat Islam , Penang
15. Instittut Penyeledikan dan Pengenbangan Syariah Malaysia (ISRA’)
16. Gabungan NGO Islam Pahang (Barakah)
17. Gabungan NGO Islam Kelantan (NGK)
18. Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia
19. Institut Masyarakat Madani
20. Institut Penyelidikan dan Pengemblengan Masyarakat (IMPAK)
21. Forum Komunikasi Masyarakat Indonesia (FORKUMI)
22. Pusat Perkhidmatan Pelarian Rohingya –TERAS
23. Wadah Pencerdesan Umat Kedah (WADAH Kedah)
24. Gerakan Qariah Malaysia
25. Ummah Aid , Malaysia
26. Persatauan Kebajikan Rakyat Desa Malaysia (Rural Citizen)

Saturday, April 17, 2010

Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara????

Salam. video kat bawah ni menunjukkan semuanya..... tengok2 jgn x tengok..

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)



Teruk betul pemimpin UMNO/BN nih. Arah macam air oren jer... benda biasa bagi depa...
padahal sebenarnya arak ni terang2 HARAM bg umat Islam...UMNO ni Islam ke apa? tanya la iman masing2!! pemimpin mcm ni ker kita nak harap depa bawa Islam???

Pemimpin yang terang2 buat maksiat, haram kita lantik dia utk memimpin kita...skrg di hulu selangor, semua pengundi mesti tolak umno. PRU 13 nanti pun!!!

Dalam laman web JAKIM aku copy utk korang baca... (http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=260)

Kategori : JENAYAH Minuman Keras

Tajuk :
Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”


Riwayat Anas



Huraian

i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat


------------------------------------------------

Dalil Hadis haram minum arak

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Dalil Hadis kutukan Allah tentang arak

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Ibu segala maksiat

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

  • Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
  • Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
  • Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
  • Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
  • Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
  • Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Fitnah nama-nama arak

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Hukuman Hudud minum arak

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Rujukan

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
  2. Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei
  3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  4. Kitab Sunan Ibnu Majah
  5. Kitab Sahih Muslim
  6. Kitab al-Fitan

Thursday, April 15, 2010

PAS Mahu Jentera Pakatan Fokus Gempur Hulu Selangor

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya kalangan anggota dan penyokong PAS untuk memberikan fokus sepenuhnya bagi mengempur Parlimen Hulu Selangor.

Pas mahu setiap anggota parti, sama ada ahli biasa, pimpinan, para penyumbang dana, blogger, penceramah bebas dan sebagainya memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat-Datuk Zaid Ibrahim.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah peluang terbaik untuk menegur kelemahan pentadbiran Kerajaan serta membongkar kezaliman BN.

PAS berharap agar jentera Pakatan turun ke setiap rumah-rumah pengundi untuk menyampaikan maklumat sebenar terhadap situasi negara kini, disamping mendengar sendiri luahan hati rakyat yang dizalimi BN selama ini.

Peluang pilihanraya kali ini juga harus dimanfaatkan oleh jentera PAS untuk menyampaikan dakwah Islam serta memberikan kesedaran kepada rakyat untuk lebih mendekati Islam yang sebenarnya.

PAS menyeru agar seluruh jentera yang turun di Hulu Selangor agar dapat menunjukan komitmen dan akhlak yang baik, disamping mengelakkan provokasi yang boleh memburukan imej Pakatan.

PAS yakin Hulu Selangor akan kekal ditangan Pakatan dan para pengundi wajib mengambil peluang ini untuk keluar mengundi calon Pakatan-Datuk Zaid Ibrahim.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Nak mengadu artikel tentang annual dinner

Posted on Thursday, April 15 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


Aduan @ Luahan Oleh Min

Assalamualaikum, straight to the point saya nak mengadu ye. cuba baca article ni buat sementara. dan beritahu pendapat anda. [link ]

1. tentang annual dinner ni, saya mmg tidak suka cara pemakaian mereka. ketat dan mendedahkan anggota badan.

2. juga lelaki dan perempuan terlalu social antara satu sama lain.

itu tentang mereka. tapi ini pula, tentang penulis itu. termasuk juga cara beberapa orang daripada kamu berdakwah.

1. penulis : menggunakan perkataan yang amat menyakitkan hati .

2. mengutuk tak sudah.

3. adakah fakta yang digunakan? atau mengikut hati yang sedang marah dan penuh dengan kebencian?

dan banyak lagi. saya adalah seorang manusia biasa. akan tetapi saya tahu cara berdakwah bagaimana. dan apa yang patut dan juga yang tidak patut.

saya sokong yang kamu memang benci akan apa yang kamu nampak. mmg tanggungjawab kamu sebagai hamba Allah untuk benci akan kemungkaran yang kamu saksikan dgn hati.

tapi apa yang telah penulis ini buat, adalah perkara yang lebih teruk dari berpakaian seperti dlm annual dinner.

Adakah Rasullullah akan berbuat demikian?

saling mengutuk antara manusia? bukankah kita semua bersaudara?

apakah niat penulis berikut yang sebenar untuk mengutuk?

perkara berikut bukan hanya memburukkan keadaan tetapi wujudnya permusuhan.

dan juga adakah article itu menggunakan fakta yang sebenarnya? seperti 'hadiah' pasangan adalah bilik HOTEL? bukankah itu fitnah namanya? Jika kamu berbuat demikian hanya mahu menyedapkan ayat atau hati pembaca, Ya Allahhhhh…..

kamu tahu bukan ,dosa fitnah adalah lebih besar dari membunuh.

apa yang telah dilakukan oleh penulis berikut hanya akan mencetuskan peperangan antara saudara. seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Apa salahnya jika kamu banyakkan bersabar dan terus saling menasihati antara yang lain? Ada adabnya cara kita berdakwah, janganlah kamu berdakwah dgn menyakitkan hati sesame manusia.

Saya sangat tidak gemar akan cara kehidupan rakan2 saya, keluar lewat malam, terlalu social bersama lelaki, tidak menjaga aurat dan percakapan dan tiada adab. Tetapi cara saya berdakwah adalah menjaga adab saya dari perbagai perspektif dan juga menunjukkan contoh yang baik. Oleh kerana dia rakan saya, saya menasihatinya agar berubah, dan sentiasa berhati2 ketika menasihati agar tidak menyakitkan hatinya. Kadang-kala , saya tak terdaya untuk berdakwah melalui mulut, oleh itu saya berdoa untuknya setiap kali selepas sembahyang. Encik, saya tidak pernah benci mereka, walaupun saya tidak suka, namun sy bersabar dan bertahan. Allah Maha Berkuasa bukan? Dia sentiasa berada bersama kita, Dia juga tidak pernah benci akan hambanya walaupun mereka membuat perkara yang mungkar, kerana Dia amat sayang akan hambanya, Rasullullah juga, saya tidak perlu cerita, kamu tahu.

saya di sini, kerana ingin menyuarakan perasaan tidak puas hati saya dan juga perasaan yang teramat marah terhadap kamu yang terlibat dengan perkara tersebut. Maaf jika terkasar bahasa, tetapi niat saya hanyalah untuk memberitahu kamu, berdakwahlah dgn cara yang betul. betulkan niat kamu kerana Allah dan kerana kamu sayangkan saudara kamu di Bumi ini, bukan kerana kamu benci apa yang kamu saksikan. Jika kamu tidak mahu mendengar aduan yang disertakan dengan nasihat saya ini, saya mahu kamu Tanya diri kamu sendiri, apakah alasan kamu.

janganlah ada permusuhan di antara kamu. tolonglah. sedar.

(Sumber)


Wednesday, April 14, 2010

Filem Bogel Membuat Penggambaran Di Taman Negara

KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.


Hari ini di dalam dada-dada akhbar telah menyiarkan "sesuatu" pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak. Eh, baik pulak pak long kita ni. Tapi kalau setakat dedah saja tanpa tindakan, tak best jugak.

Beliau mendedahkan bahawa Taman Negara sedang dijadikan tempat penggambaran filem lucah wal bogel. Cuma, nama filemnya tidak pula disebutkan. Penggambaran tersebut dibuat oleh syarikat perfileman asing (bukan Malaysia).

Katanya :

“Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

“Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya,”

Erm.. fikir punya fikir.. Agaknya Malaysia ini semakin dijadikan tempat berbogel oleh pihak luar. Pihak luar sudah lama menganggap Malaysia ini seperti negara mereka. Eh, biasa la..

Kalau kita pergi di pantai-pantai yang terkenal di Malaysia, apa yang anda akan temui? Perempuan-perempuan mat saleh yang dok bersependa dan bercoli.. Depa tak malu ke? Amacam? Nak salahkan siapa? Faham-fahamlah sendiri.

Akan datang, anda jangan pelik apabila melihat filem telanjang keluaran Melayu pula! Kalau anda masih ingin mengatakan "tidak" kepada HUKUM ALLAH, maka tunggulah bencana ini.

Sumber

Friday, April 9, 2010

Satu Komentar Yang BAIK!

"Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia" | Configure | 9 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh penyu on Thursday, April 08 @ 18:55:19 PDT
(User Info | Send a Message)

Nak salahkan admin tak bolih juga sebab dia tak tahu duduk perkara dan jauh di perantauan..

Seeloknya kamulah tolong backup berita tu dan jelaskan perkara sebenar apa berlaku dalam thread tuu..



[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh saca on Thursday, April 08 @ 20:05:33 PDT
(User Info | Send a Message)
anggaplah ia sebagai teguran, setiap org ada pandangan yg mengatakan ia baik dan ada yg mengatakan ia buruk. jika ada kekurangan sila baiki, jika ada kebaikan sila teruskan...apapun, jika dilihat pada gambar2 itu, ada nampak sedikit unsur2 yg meragukan...mencari kebenaran perlu kesabaran...


[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh utmanja on Thursday, April 08 @ 20:12:13 PDT
(User Info | Send a Message)

Assalamualaikum,

Pada pandangan saya, sekiranya gambar2 di dalam artikel sebelum ini adalah betul, maka sepatutnya perlu ada perubahan ke arah lebih baik lagi. Tetapi sekiranya tidak betul maka eloklah kita belajar untuk mengelak sesuatu perkara atau perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Ye lah kita hairan(jika betul?) kenapa jamuan makan malam tersebut nampaknya seperti barat dan kebanyakan(yang nampak dalam gambor!) adalah terbuka aurat dan seksi. Ada juga yang memakai tudungnya!

Betullah(kiranya betul!) apa yang di komen melalui artikel tersebut. Pelajar2 malaysia yang berada di luar negara adalah wakil kepada rakyat malaysia untuk mendapatkan ilmu yang baik dan di sampaikan pula kepada rakyat malaysia supaya menjadi lebih baik tetapi sekiranya wakil2 ini gagal melaksanakan amanah ini, maka hasil yang kita dapat adalah sebaliknya.

Masalahnya sekarang sekiranya cara pakaian atau cara mengendalikan sesuatu majlis tiada bezanya dengan barat maka itu boleh menimbulkan fitnah tambahan pula ianya di lakukan di MESIR. Itulah sebabnya penulis sebelum ini menekankan perkara ini. Sekiranya yang pulang drp barat pun kita pertikaikan juga ilmu dan cara hidup yang di bawahnnya maka sekiranya drp MESIR sudah tentu sepatutnya lebih baik lagi. Bukan semua tetapi sedikit inilah akan mula membina kerosakan masyarakat kita.

Saya rasa itu niat penulis, niat penulis rasanya cukup baik untuk memberi komen supaya sesiapa yang terlibat itu sedar. Kadang2 kita tidak sedar kita telah berada di tempat yang boleh menimbulkan fitnah tetapi bila ada orang tegur maka kiranya betul sepatutnya jauhkanlah dan elakanlah....

Saya memberi pendapat berdasarkan komen asal penulis berserta dengan gambar2 itu. Yelah kita selama ini menganggap pelajar drp MESIR adalah pelajar yang berbeza dengan keluaran drp BARAT. Sudah tentu berbeza, tetapi mungkin juga kerana nila setitik maka rosaknya susu sebelanga!

Apapun sekiranya gambar2 itu betul, maka sepatutnya tidak berlaku la kan...kesian la kepada ulama2 kita berjuang dan berusaha supaya cara hidup kita berbeza dengan cara hidup barat seperti cara berpakaian, akhlak etc.

Minta maaf la saya komen atas sifat sekiranya betul, jika tidak maafkan saya! Saya selama ini menganggap keluaran MESIR adalah berjenama MUSLIM dan mempunyai cara hidup yang ISLAMIK. Sekarang ini bayang yang di tunjukkan oleh model2 kita drp MESIR nampaknya makin berbeza....:-(

Wahai manusia, beriman lah pada Allah dan RasulNYA. Sekiranya terdapat masalah/pertikaian maka sama2lah kita merujuk kepada AL-Quran dan ajaran Rasulullah saw.

Wassalam...



[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh Rustam_Alam_Shah on Thursday, April 08 @ 20:25:17 PDT
(User Info | Send a Message)

btw... Dear Pelajar MUDA Medik Mesir...,

yang salah TETAP salah....

yang BATHIL tetap BATHIL....

mana boleh minyak campur dengan air.....

kalau kau anggap pelajar2 di Mesir Medik semua betul...., lebih baik jangan balik Malaysia laaa....

migrates kat Turki kee, Eropah keee....

aku pun pelajar juga..... hee heee

Melbourne lagi....

ini semua produk UMNO APCO BTN nih.....

hee heeee...

jangan marah UMNO APCO BTN.....

.



[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh jerung on Thursday, April 08 @ 20:44:34 PDT
(User Info | Send a Message)

Penulis mengatakan dia salah seorang daripada dalam gambar yang diambil. Jadi penulis membenarkan gambar yang diambil (gambar penulis yang mana, jangan yang seksa tu sudahlah).

Penulis meluahkan kekesalan terhadap admin. Itu hak penulis dan saya tidak mahu mempertikaikannya.

Tapi saya kesal dengan penulis yang juga AJK majlis. Walaupun majlis dikatakan dipenuhi dengan majlis keilmuan, dengan adap dimana lelaki dan perempuan diasingkan, tapi macammana dengan pakaian. Lebih2 lagi di Mesir. Jgn megata orang cetek ilmu tapi lihatlah diri sendiri. Saya sendiri berasa malu dengan etika pemakaian oleh sebahagian yang hadir yang jelas haram. Sebagai AJK, etika pemakaian boleh di tetapkan, jadi apa usaha pihak AJK dalam hal ini atau sama2 bersekongkol.

Walaupun tentatif program dikatakan ilmiah, tapi dengan cara pemakain yang jelas haram, fikir-fikirkanlah. Siapa yang mengundang fitnah ?



[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh umno_ok on Thursday, April 08 @ 22:54:57 PDT
(User Info | Send a Message)

dua dua salah . yang sati info tak tepat , satu lagi terpedaya budaya sesat , tengok pakaian pun dah menimbulkan syak .



[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh mmas_forever on Thursday, April 08 @ 22:56:26 PDT
(User Info | Send a Message)

pe pun...tetap sedih dgn sikap pelajar2 medic mesir mansoura ni...

jelas kelihatan ilmu agama diorang memang sejak di Malaysia sudah cetek..

usaha lebih giat harus dilaksanakan oleh ustaz2 untuk berdakwah kpd sahabat2 medic ni...



[ Reply to This ]


Re: Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia (Score: 1)
Oleh geludokk on Friday, April 09 @ 01:56:07 PDT
(User Info | Send a Message)

Selain mudah mempercayai fitnah, disini juga tempat mempercambah budaya fitnah dan menyebarkannya.

Sebab apa?? kerana ramai sudah terminum air kencing Al-Juburi peliwat tersohor negara



[ Reply to This ]

Thursday, April 8, 2010

Apa dia kerja-kerja 'Gila' Umno?

Semasa keluar daripada 'pharmacy' tadi kerana membeli sedikit vitamin, almaklumlah kerana 'enjin' lama memerlukan bermacam-macam 'oil-additives', terserempak dengan rakan surau, seorang Umno totok. Oleh kerana 'pharmacy' itu berdekatan dengan kedai mamak maka diajak singgah minum dan bersembang-sembang politik.

Saya mintak teh-tarik kurang manis dan 'toseh basah' (kurang garing) dan seketul kari ekor tenggiri. Ramai orang suka kepala ikan, tapi saya suka ekor ikan. Dari segi kesegaran ikan sama saja, kalau kepala ikan itu sudah 'busuk', ekornya pun turut terasa 'busuk'. Kalau kepala ikan itu 'segar', ekornya pun turut 'segar'.

Kali ini entah kenapa dia yang banyak bercakap pasal luar dan dalam Umno. Saya hanya banyak menjadi pendengar. Kata orang-orang tua, kalau kita nak dapatkan rahsia luar dan dalam, kita kena banyak menjadi 'pendengar'. Memang betul, bermacam-macam cerita hal luar dalam Umno yang tak dapat dimuatkan kesemuanya di sini saya dapat.

Katanya, "Umno Selangor kalau nak gemilang seperti dulu-dulu, mesti buat kerja-kerja 'gila' sikit."

Sambungnya, "Tengok, semasa zaman Allahyarham Dato' Harun, Umno selangor kuat dan Dato' Harun sendiri pun ramai yang cemburu dengan dia. Dia bawa Muhammad Ali lawan dengan Joe Bugner. Dia juga jadi juara setinggan. Dia juga naikkan Silat Gayung, bila naikkan Silat Gayung, maknanya naikkan melayu kerana melayu sinonim dengan silat dan keris."

Dalam hati saya, tak habis-habis Melayu dengan keris. Kenapa Dato' Harun tak perjuangkan Islam? Kenapa tak perangi rasuah?

Tak apa, saya layan dulu 'ceramah'nya, lain kali saya akan 'bantai' balik.

Sambil mendengar 'ceramah' politiknya, tak sedar 'toseh' dah habis. Dia tolong mintak tambah lagi dengan mamak, "mamak, toseh tambah satu, basah tahu". Saya tak menolak sebab nak dengar 'ceramah'nya lagi.

Sambungnya lagi, "Allahyarham Dato' Harun banyak berkorban. Dia buat kerja bukan untuk dirinya, tapi untuk parti dan orang melayu. Dia dianianya. Tak macam sekarang, pemimpin pikul duit berkilo-kilo ke hulu ke hilir, buat rumah macam istana, semua untuk diri sendiri. Tak ikhlas berjuang."

Saya mencelah, "Nak tepat lagi, 20 kilo. 'Istana' berjuta-juta."

Sambil dia ketawa besar, "Sama berat dengan sekampit beras tu. Kesemua tingkap 'Istana' tu, sebulan pun tak habis bukak, punyalah banyak."

Saya sempat men'jolok'nya siapakah pemimpin Umno Selangor sekarang yang menepati buat kerja-kerja 'gila' yang dia maksudkan dan serba sedikit pasal PRK Hulu Selangor.

Dengan nada penuh yakin dia menjawab, "Noh Omar. Dia hebat tapi tak cukup kerja-kerja 'gila'. Pasal PRK Hulu Selangor ya, saya rasa BN sakit sikit. Kalau BN letak Palanivel lagi banyak-banyak sakit."

'Ceramah'nya boleh tahan jugak panjang dan masing-masing menoleh ke jam.

Sambil kami mengeluarkan dompet dan berebut-rebut nak bayar, sempat dia mengeluh, "PRK kali ni adalah yang paling sengit. Towkay-towkay besar dah mula 'betting', PKR/Pakatan Rakyat boleh simpan balik semula kerusi tu."

Sebelum beredar dan sambil ucapkan terima kasih kerana belanja 'toseh', sempat saya mengusiknya, "Kita jumpa disana ya."

Kepalanya menggeleng-geleng dan berkata, "Kalau Umno masuk, nak jugak pergi, kalau MIC, kirim salam sajalah, 'janji jugak lebih, habuk tarak'."

>>Al-Brangi

Apa dia kerja-kerja 'Gila' Umno?

Semasa keluar daripada 'pharmacy' tadi kerana membeli sedikit vitamin, almaklumlah kerana 'enjin' lama memerlukan bermacam-macam 'oil-additives', terserempak dengan rakan surau, seorang Umno totok. Oleh kerana 'pharmacy' itu berdekatan dengan kedai mamak maka diajak singgah minum dan bersembang-sembang politik.

Saya mintak teh-tarik kurang manis dan 'toseh basah' (kurang garing) dan seketul kari ekor tenggiri. Ramai orang suka kepala ikan, tapi saya suka ekor ikan. Dari segi kesegaran ikan sama saja, kalau kepala ikan itu sudah 'busuk', ekornya pun turut terasa 'busuk'. Kalau kepala ikan itu 'segar', ekornya pun turut 'segar'.

Kali ini entah kenapa dia yang banyak bercakap pasal luar dan dalam Umno. Saya hanya banyak menjadi pendengar. Kata orang-orang tua, kalau kita nak dapatkan rahsia luar dan dalam, kita kena banyak menjadi 'pendengar'. Memang betul, bermacam-macam cerita hal luar dalam Umno yang tak dapat dimuatkan kesemuanya di sini saya dapat.

Katanya, "Umno Selangor kalau nak gemilang seperti dulu-dulu, mesti buat kerja-kerja 'gila' sikit."

Sambungnya, "Tengok, semasa zaman Allahyarham Dato' Harun, Umno selangor kuat dan Dato' Harun sendiri pun ramai yang cemburu dengan dia. Dia bawa Muhammad Ali lawan dengan Joe Bugner. Dia juga jadi juara setinggan. Dia juga naikkan Silat Gayung, bila naikkan Silat Gayung, maknanya naikkan melayu kerana melayu sinonim dengan silat dan keris."

Dalam hati saya, tak habis-habis Melayu dengan keris. Kenapa Dato' Harun tak perjuangkan Islam? Kenapa tak perangi rasuah?

Tak apa, saya layan dulu 'ceramah'nya, lain kali saya akan 'bantai' balik.

Sambil mendengar 'ceramah' politiknya, tak sedar 'toseh' dah habis. Dia tolong mintak tambah lagi dengan mamak, "mamak, toseh tambah satu, basah tahu". Saya tak menolak sebab nak dengar 'ceramah'nya lagi.

Sambungnya lagi, "Allahyarham Dato' Harun banyak berkorban. Dia buat kerja bukan untuk dirinya, tapi untuk parti dan orang melayu. Dia dianianya. Tak macam sekarang, pemimpin pikul duit berkilo-kilo ke hulu ke hilir, buat rumah macam istana, semua untuk diri sendiri. Tak ikhlas berjuang."

Saya mencelah, "Nak tepat lagi, 20 kilo. 'Istana' berjuta-juta."

Sambil dia ketawa besar, "Sama berat dengan sekampit beras tu. Kesemua tingkap 'Istana' tu, sebulan pun tak habis bukak, punyalah banyak."

Saya sempat men'jolok'nya siapakah pemimpin Umno Selangor sekarang yang menepati buat kerja-kerja 'gila' yang dia maksudkan dan serba sedikit pasal PRK Hulu Selangor.

Dengan nada penuh yakin dia menjawab, "Noh Omar. Dia hebat tapi tak cukup kerja-kerja 'gila'. Pasal PRK Hulu Selangor ya, saya rasa BN sakit sikit. Kalau BN letak Palanivel lagi banyak-banyak sakit."

'Ceramah'nya boleh tahan jugak panjang dan masing-masing menoleh ke jam.

Sambil kami mengeluarkan dompet dan berebut-rebut nak bayar, sempat dia mengeluh, "PRK kali ni adalah yang paling sengit. Towkay-towkay besar dah mula 'betting', PKR/Pakatan Rakyat boleh simpan balik semula kerusi tu."

Sebelum beredar dan sambil ucapkan terima kasih kerana belanja 'toseh', sempat saya mengusiknya, "Kita jumpa disana ya."

Kepalanya menggeleng-geleng dan berkata, "Kalau Umno masuk, nak jugak pergi, kalau MIC, kirim salam sajalah, 'janji jugak lebih, habuk tarak'."

>>Al-Brangi

Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia

(email: inilhukmuillalillah@yahoo.com)


Semangat Setia Kawan
(tak di sensor. di Luluskan oleh salah seorang dari mereka)

Kehadiran Dr.Said Hady

kawan-kawan adalah keluarga

Pakaian Muslimah.

Juara Talent Show 2010 University Mansoura
(Tak Sensor Sebab Anda Semua Kacak & Artist) Hehe

Bermesra dengan Dr.Dalia Saleh

Anugerah kepada Dr.Said Hady
Kenapa Baik di sorok?

Anugerah Pelajar Cemerlang

Makan Bersama Meja Lelaki

Maaf Sensor Muka. Anda Semua kacak-kacak.

Juara Ragby Zakzik

Assalamualaikum

Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 3 Mansoura Universiti serta sebagai AJK yang menganjurkan Majlis tersebut.

Pertama, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap editor atau admin yang mengelola website ini ( Tranungkite.net ). Selama ini, tranung-kita adalah rujukan saya bagi mengetahui isu-isu semasa dan politik negara. Sangat tertarik dan banyak faedah yang saya terima. Namun, selepas post http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3833 (Akan Lahir ULAMA dari???) yang dikeluarkan oleh pihak Tranung, kekesalan yang melimpah ruah dan ketelusan pihak tranung meragukan saya. Sikap profesional juga membimbangkan saya dengan 'syubhah-berita' yang dikeluarkan. Meskipun fitnah sebahagian orang memandang sebelah mata, namun keterlaluan dan keterlanjuran pihak admin dapat membantu umat seluruh dunia meraih dosa dan membenci bakal graduan dari Mesir, terutama umat manusia di Malaysia dalam memberi berita-berita yang benar dan unsur-unsur keyahudian.

Kedua, saya diantara gambar-gambar yang dikeluarkan di blog tersebut/tranungkite.net. Kalau dari pihak info-kini.blogspot saya tidak kisah sangat kerana emosi dan cetek ilmu suara-suara seorang pelajar yang terus membabi buta untuk meraih blog dan persatuan. Namun, jika tranung sendiri yang terlibat dan terpengaruh dengan beberapa penuduhan palsu, telah membuatkan sebahagian orang kesal dan kredebiliti tranung juga terjejas dengan tiada ketelusan mengeluarkan berita.

Ketiga: Majlis tersebut adalah Majlis Annual Dinner yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Mansoura (GMMSC). Beberapa orang kenamaan Universiti Mansoura juga turut hadir. Antaranya, Dr.Said Abd Hadi (Head Department Manchester Program University of Mansoura)elsaidhady@yahoo.co.uk, Dr.Dalia Saleh (Co-Ordinator Manchester Program University Of Mansoura) meteor_381@hotmail.com ,dan dua pegawai GMN, Ust. Ridhwan (ridhwan.sm@gmail.com) dan Abg Adnan.

Keempat: Tentatif program diisi penuh dengan majlis keilmuan (bersesuaian dengan pelajar Medik) dan berjalan dengan amat baik sekali. Antara tentatifnya secara rawak:

1. Majlis bermula dengan bacaan iftitah majlis dan ucapan alu-aluan kepada hadirin, terutama wakil University dan Pegawai GMN.
2. Ucapan Pengerusi GMMSC Ahmad Syamir Bin Abdullah
3. Ucapan Dr.Said Abd Hady serta taklimat proses pengajian setiap semester dan soal jawab secara langsung dengan pelajar.
4. Ucapan Nasihat dan pengalaman pelajar 1st Batch :Semester 8 Tahun 4: Mohd Amin Yassin (Di Jemput Oleh Dr.Said Abd Hady), Ucapan pelajar 2nd Batch : Semester 6 Tahun 3: Noor Syeila Bt Rosly. Dan turut memberi pandangan pelajar semester 7 tahun 4: Nama panggilan Pian (Tak pasti nama penuh).
5. Majlis menjamu selera dengan hidangan makanan arab yang pelbagai jenis.
6. Pembahagian Anugerah Pelajar Cemerlang Setiap Batch seramai 7 orang Pelajar (Anjuran University: International Head Student Department: Dr.Nasreen Mahmoud). (Maaf Penulis tak ingat nama setiap pelajar)
7. Cabutan Bertuah kepada hadirin berupa hadiah hamper.
8. Pembahagian Hadiah Juara Ragby anjuran PCZ (Perubatan Cawangan Zaqaziq) & Hadiah Futsal GMMSC 2010 & Pembahagian Bola Jaring Bagi Perempuan GMMSC 2010
9. Pengumuman King & Queen. (Beberapa tanggapan buruk dan tuduhan palsu 'Fitnah' yang mengatakan kedua King & Queen ini mendapat ganjaran bilik untuk bermadu). Ini adalah fitnah dan cerita yang direka. Bagi pihak penulis: Pihak penganjur begitu berjaga-jaga untuk memilih anugerah tersebut. Jika dilihat pasangan yang diumumkan adalah senior yang baik dan sangat prihatin kepada juniornya serta banyak berbakti kepada seluruh pelajar dengan mengadakan kelas tambahan dan program-program keilmuan. Terutama Queen sendiri yang terpilih adalah pelajar yang berpakaian sopan dan bertudung labuh sebagai contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.
10. Persembahan akustik Pelajar Malaysia (Raba3 Firakh) yang menjuarai Talent Show di bawah program University Mansoura .
11. Majlis penutup oleh Pengerusi GMMSC.
12. Majlis bersurai.

Perhatian 1:

-Program ini berjalan dengan lancar. Jam 6 petang, seluruh AJK sudahpun bersiap sedia di Dewan Crytal Ramada Hotel.
-Para AJK lelaki bersama-sama solat Maghrib berjemaah sebelum majlis dimulakan di imami oleh Amir Rizwan.
-Bacaan Doa pembuka majlis jam 8.30mlm (Majlis bermula).
-Pengasingan pintu masuk lelaki & perempuan
-Pengasingan meja duduk lelaki & perempuan
-Tiada ganjaran bilik kepada Pemenang.
-Di akhir majlis; Pantauan dari AJK kerohanian mengawal pelajar pulang serta mushrif2 bertugas untuk pulang kerumah (bagi pelajar wanita)
-Jam 11.30mlm pelajar sudah bersurai & juga AJK sudah siap kemaskan barang.
-Majlis ini majlis pelajar Medik, bukan pelajar al-Azhar

Harap pihak admin lebih peka dengan setiap berita dan tidak sama sekali terpengaruh dengan emosi pelajar atau terpengaruh dengan gelodak propaganda yang dicetuskan oleh pelajar.

Sekian Terima Kasih Admin

(http://pencegah-infopalsu.blogspot.com/)

PANASSSSSSSSSS!!!

Daripada komentar2 yg korang bg kat blog ni ttg hall perihal Mesir tu, terima kasih semua. KLu hang nak tau, aku bukannya pernah pi mesir tu, aku dapat maklumat2 ni semua dr blog2 budak2 mesir yang menayangkan gambar2 tu....

x pe lah, yang pentingnya korang semua kena la pikir ckit lepas ni... korang tu duduka kat egypt..... egypt ni antara dua jer... x kiralah budak perubatan ke agama ke.... klu korang cilap langkah korang akan ikut JEJAK FIRAUN la!!!! tapi klu korang ikut jalan betul....korang ikut JEJAK NABI MUSA... HAAAAAA, LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!

HA NAH!!! AMBIK NAK SANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Akan lahir ULAMA' jahat dari ???
Posted on Wednesday, April 07 @ 00:29:56 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

( http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3833&mode=thread&order=0&thold=0)

Aduan @ Luahan Oleh: miratnunia

"Korang mesti terpegun dan pelik dengan gambar2 di atas? ke x pelik? ni la gambar beberapa gaya mahasiswa malaysia di egypt, saya x pasti depa ni amik bidang apa, mengikut mklumatnya, katanya depa ni seme budak2 perubatan...... depa ni la akan blk ke malaysia bukan bawa ilmu, tapi mungkin perosak anak bangsa Melayu masa depan!!!!

Saya dah banyak dah dengar berita2 aneh dari kawan2 yang lepasan student Egypt. dan saya jumpe link2 yang mendedahkan perkara2 yang sungguh menjijikkan!!! tidak mustahil satu hari nanti akan lahir ulama jahat dari Egypt! Mereka akan pulang ke tanah air dan merosakkan anak bangsa di tanah Melayu ini!

Hangpa semua nak tau ka?? "Ada pelajar Melayu di Egypt berdua2 duaan di dalam satu rumah sewa/bilik""Pelajar Malaysia di Mesir pergi PUB bawah tanah, dalam PUB mesti ada arak" "Annual dinner like annual Hollywod?" Hadiah annual dinner bg pasangan ideal - HOTEL???? dan banyak lagi....................... korang semua boleh klik kat link2 bawah ni....

1- http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-anak-anak-luar-nikah.html

2- http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/siapa-nak-bukti-isu-maksiat-di-bumi.html

3- http://beritautama-infokini.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

Kredit to : http://anakfelda09.blogspot.com
Mansurah 3 April - Berikut adalah fasions staillo in annual dinner at mansura city. Ulasan ringkat yang diberi pada setiap gambar tidak ada kena mengena dengan status mereka, sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ia (ulasan ringkas digambar) hanya sekadar pandangan dari mata kasar admin, tercetus pemberian berdasarkan staillo milo masing-masing (berpandukan dari pemerhatian admin).

Apa yang diharapkan, acara-acara seperti ini tidak lagi dianjurkan oleh mahasiswa malaysia dimesir, dengan penganjuran seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya, moga Allah menjaga kita dari simpangan berduri ke akhirat. Hormati bumi nabi, takutkan Allah. Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university dimalaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.

Na'uzubillahi min zalik. Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.
Big Party
fassion Lider ship
Fassion Korean staillo
Verry2 seksa
staill university in malaysia
Happy model in annual dinner
amarika banat staillo
Like amarika cau boy
like aktres holywood and malaywood staillo

Melayuwood campoq arabicwood staill
singging muslimah staillo ke ni?
chaineswood bolywood molywood staillo staill
kelihatan semacam singger lagu kasih ku seru
nampak macam singger lagu ayat-ayat cinta
inikah pasangan terbaik?
KCB (ketika cinta bergelojak) staill
KCB2 fesion al-tabarruj
staill al-ustati ( ada janggut ) in annual dinner 2010
Irama 60'an staillo la kot
macam menyanyikan lagu palastine je
JKB (gerak kerja berkumpulan) singing staill
Fasion in annual dinner: ala-ala pelakon " kasih ku seru " singkat sana sini
pemegang gelaran staillo milo
Islamic fasion skert la kot
Fasion mansura al-tahrir (you jin = pelakon korea)
group ros merah

Ros putih group



Apa nak jadi, dan ape dah jadi dengan pelapis mahasiswa dimesir? Dulu, kalau orang sebut keluaran mesir, tak kira jurusan agama atau lepasan medic, semua respek, sebab pelajar jurusan agama dulu dan pelajar jurusan medic dulu, keluarannya begitu mantap, tip top. Mereka mengambil kesempatan keberadaan dimesir untuk bersama ulama' dan mengubah diri dari hidup kekosongan kepada hidup penuh berkah pada jalan islam. Mereka cepat matang, kerana mereka tahu, mereka adalah harapan bangsa untuk menegakkan kalimah tauhid dibumi malaysia dan dunia amnya.

Doktor keluaran mesir dulu hebat mengalahkan ustaz agama, tapi keluaran sekarang, kelabu asap. Sama juga ustaz ustazah, keluaran dahulu tip top, tapi keluaran sekarang, hampeh dot com yang banyak. Dah memang orang tak respek pada mana-mana jurusan keluaran mesir muta'akhir ni, out in servis untuk masyarakat. Bila agaknya nak ada macam syekh ali jum'ah, walaupun asalnya beliau mengambil jurusan akedemik, tetapi juga cemerlang dalam ilmu islam hingga jadi mufti. dan ramai lagi contoh-contoh lain. berfikir dan bertafakur.

"


Klik Untuk lihat paparan iklan




"Akan lahir ULAMA' jahat dari ???" | Configure | 12 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh mdmae on Wednesday, April 07 @ 00:44:50 PDT
(User Info | Send a Message)

Yang pergi ke Mesir tu ada 2 golongan.

Satu golongan dari Sekolah2 Agama Rakyat, kumpulan ini tiada masaalah sosial yang ketara. Mungkin ada tetapi peratusnya 'neglible'.

Lagi satu golongan ialah dari Sekolah2 Kebangsaan, kumpulan ini yang banyak bersubahat dengan gejala soSIAL seperti yang dipaparkan.



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh Amir_ziyad on Wednesday, April 07 @ 00:47:09 PDT
(User Info | Send a Message)
Bahaya nih ! adik ipar hamba sedang di tahun ke-3 akhir mengaji medic di sana...ingat nak link kan artikel ni lah kat dia........:)


[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh virosyima on Wednesday, April 07 @ 01:29:06 PDT
(User Info | Send a Message)
adakah mereka ini fasih bahasa arab?


[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh petehkaki on Wednesday, April 07 @ 01:30:43 PDT
(User Info | Send a Message)

tgk la, anjuran sapa..

kat Egypt, bese la tu...



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh talikasutkayu on Wednesday, April 07 @ 01:35:45 PDT
(User Info | Send a Message)
didikan 1 malaysia + 1 israel


[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh mmas_forever on Wednesday, April 07 @ 01:54:54 PDT
(User Info | Send a Message)

salam

disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga...

ini lah hasil didikan anak2 Melayu Islam di Malaysia yang di bawa ke Bumi Anbiya ini..

diharap pelajar2 terlibat dapat bertaubat sebelum ajal tiba..



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh geludokk on Wednesday, April 07 @ 02:33:55 PDT
(User Info | Send a Message)

Eh! bukan dah lahir ke? Tu ulamak lulusan Al-Azhar yg suka doakan org musnah, jual hukum hudud sampai pecah belah umat tapi tak laksanakan, Ckp kroni haram tapi sendiri lantik anak dan menantu, cakap rasuah haram tapi parti sendiri ambil duit balak,setuju terima tajaan pergi haji sampai 64000.00, nasib baik Utusan berjaya nahi mungkar.

Tu yg bela YB Bukit Telanjang berbogel dalam rumah dgn boypren, Setuju dgn perangai monyet ADUN pembangkang Perak..ish penat dah la nak tulis amal2 ulamak jahat ni..aaa satu lagi konon selipar dia pun org ambik nak dapat berkat...riak betul

Sah sah dah lahir dah



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh diablo (al_capone@yahoo.com) on Wednesday, April 07 @ 02:53:04 PDT
(User Info | Send a Message)

hangpa ni semua utt ka apa..?

pi baca dulu komen yang student tu sendiri bagi kat dalam blog lahabau ni...

u all baca dulu... pastu baru bagi komen...



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh Kalam_Tumpul on Wednesday, April 07 @ 08:04:34 PDT
(User Info | Send a Message)

Assalamualaikum,

Di sini saya nak betulkan sikit pandangan semua. sebenarnya yang belajar di Eqypt bukan semuanya dalam jurusan agama tetapi ramai juga dalam jurusan jurusan lain seperti kedoktoran, kejuruteraan dan lain lain. Negara Egypt juga seperti negara negara lain di mana kehidupan di sana agak kebaratan, Tolonglah jangan membuat tanggapan yang semua dihantar ke Egypt adalah bakal ulama atau dalam bidang agama sahaja. Memang agak buruk apa yg kita lihat pada paparan gambar gambar di sini tetapi ianya tidaklah mewakili tingkah laku semua pelajar pelajar kita di sana.



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh perangsaraf (umnoproksiyahudi@oneisrael.com) on Wednesday, April 07 @ 10:57:29 PDT
(User Info | Send a Message)

biasalah tu Mesir sebelah saja dengan israel menghayati konsep oneisrael budk2 malaysia di sana sebab tak dapat nak hayati konsep 1malaysia yang umno apco buat, bangga apa umno dapat ikut yahudi apco zahid hamidi sampai mengaku jumpa menteri oneisrael,

balik nanti jadi ustaz umno lah budak2 nih dah dapat kerja jadi penjahanam agama dan bangsa sama macam dulu kini dan selamanya



[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh prop4gand4 on Wednesday, April 07 @ 17:13:20 PDT
(User Info | Send a Message)
YANG JUJUR SANGAT TUTUP MUKE LAHANAT LAHANAT NI NAK BUAT APE!BIAR JELA ORANG TENGOK SONANG SKET NAK BUAT KIJE BILE SEMUA DAH BALIK MALAYSIA NANTI.


[ Reply to This ]


Re: Akan lahir ULAMA' jahat dari ??? (Score: 1)
Oleh shahfiq86 on Wednesday, April 07 @ 21:08:53 PDT
(User Info | Send a Message)

ASSALAMULAIKUM

SAUDARA PENULIS, ANDA TELAH MEMBUAT FITNAH DENGAN ARTIKEL INI, BUKAN SUME YANG PERGI MESIR TU BELAJAR AGAMA, ADA YANG AMBIL MEDIC AND DLL. SAYA ADE SEORANG SEPUPU YG BELAJAR SANA DAN DIA MEGATAKAN BENDA NI KARUT, FITNAH SGT, JGN BUAT CERITA, PERGI DULU, TGK MCM MANE , BARU BUAT CERITA, "PIX GIVES THOUSAND WORDS ", DINNER KAT MALAYSIA PUN LEBIH KURANG JE KAT SANA, XYAH BUAT CERITA JAUH2, KAT IPTA SINI PUN BERLAMBAK



[ Reply to This ]