Photobucket

Wednesday, July 28, 2010

Fun Fair program sempena sambut Kehadiran Ramadhan....

Salam..... mungkin sudah ramai dapat mengagak apa yang akan disampaikan di dalam posting kali ini. Bagi warga bandar jengka pula semestinya sudah tepat jangkaannya bila tajuk ini di postkan.

Saya agak kecewa,... setahu saya mengikut ustaz2 yang ceramah di masjid, ulama2 dahulu sibuk merasai bahang kedatangan ramadhan dengan aktiviti ibadah bagi membuat persediaan menghadapai bulan Ramadhan yang bakal tiba.

namun, saya agak kesal dengan pihak yang menganjurkan "FUN FAIR" di Stadium Mini, Bandar Jengka. untuk tujuan apa dianjurkan fun fair tersebut.... sudah berminggu-minggu fun fair tersebut beroperasi. Sebelum ini bulan rejab, kita semua di dedahkan dengan peristiwa besar dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Isara; Mi;raj. Kini bulan syaaban....sepatutnya bulan syaaban ini di penuhi dengan aktiviti ibadah bagi membuat perseidaan Ramadhan. tinggal 2 minggu sahaja lagi ramadhan akan tiba.

Namun Masyarakat di bandar Jengka khusunya sibut membanjiri fun fair tersebut. Saya kesian dengan nasib umat islam ..... apakan jadi dengan nasib umat islam yang dilekakan dengan program lalai seperti ini. di lalaikan oleh umat islam sendiri. saya pasti sekiranya ada sekatan oleh pemimpin di daerah jengka ini, pasti program tersebut tidak akan dijalankan. namun dengan kelulusan pihak berkuasa jualah ianya diteriskan. Siapakah pihak berkuasa itu????

Saya menyeru semua pihak supaya menghentikan aktivti ini. saya menyeru pihak berwajb supaya hentikan fun fair ini.

kalu ditanya pemimpin umno, katanya nak bawa Islam....islam ini?/ fun fair yg adanya pergaulann lelaki dan perempuan....semuany bercampur aduk hanya untuk berhibur???

Ayuh selamatkan umat Islam di Malaysia....tolak Be END!! GERAM AKU!!!

ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi???

Masyaallah..Baru Aku tahu rupanya ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi itu..


"Dari e-mail yang dikirimkan oleh Cik Puan Ayu Suhara
Baru hari ini aku tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !


SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Wednesday, July 14, 2010

Freemason di Malaysia "benarkah ????"

Freemason di Malaysia "benarkah ????"

]]rcaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku... Gerakan Freemason juga kuat di Malaysia ini.. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia... Yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal
ini... Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama
meraka...

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME)...DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pd 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah... Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk... Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.....

DGLME
ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji..
Kuala Lumpur: 3 loji..
Pulau Pinang: 1 loji..
lpoh: 1 loji..
Kuantan: 1 loji..

Kuching: 2 loji..
Port Dickson: 1 loji..

Port Klang: 1 loji..

Taiping: 1 loji..

Kota Kinabalu: 1 loji..

Bangkok: 3 loji..
Pattaya: 1 loji..


Di Malaysia terdapat 12 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja... Ini tidak termasuk lagi lodge-lodge kecil yang dibina di seluruh negara.. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang...


Ini satu lodge dekat Johor.. Member aku yang asal Johor cakap dia kenal Lodge ini,lodge ni dia cakap ondaway nak pergi Danga Bay korang akan lalu katlodge ni... Mungkin siapa saja yang stay Johor pernah ternampak lodge ini.



mmg dah lama freemanson ada kat johor.. lodge kat gambar tu mmg dah lama ada... terletak di jln ke bandar jb selepas danga bay, sebelah sungai chat dan sebelum sampai dataran bandaraya...

KLCC : simbol Freemason??

Ini adalah sebahagian dari kajian dan studi yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang kini berada di Filipina. Selepas anda membaca dan meneliti kajian beliau, mungkin anda akan terfikir, ini mungkin hanya kebetulan semata. Tapi bagi saya, Mungkin ini benar kerana; "sejarah tidak berlalu dengan kebetulan tetapi ia telah telah dirancang untuk dilakukan". Jom kita perhatikan apa yang tertulis di dalam kajian Brother Wan Arief Imran.
---


Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.



Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).


Berbalik kepada tajuk, berdasarkan reka bentuk bangunan KLCC, kita dapat lihat secara jelas unsur-unsur Masonic yang digunakan seperti yang terdapat di atas sebuah “Masters’ Carpet” milik Freemason.





dua persamaan pertama

Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.


RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.

RazakSat (bentuknya juga seakan-akan mempunyai satu mata)














Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.






Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan (klik sini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut kenapa perang akhir zaman akan kembali menggunakan kuda dan pedang dan bukan teknologi-teknologi moden yang telah dan akan dicipta). Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.









Inilah bukti-bukti yang sangat besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.


Segala keterangan di atas juga telah membuktikan perisiwa 9/11 juga telah lama menjadi rancangan pihak Yahudi dan Amerika. Menara WTC di New York dirobohkan hanya beberapa tahun selepas siapnya menara KLCC. Mungkin ramai tertanya kenapa Malaysia dipilih untuk ditanam unsur-unsur ini bukan negar-negara lain yang lebih maju seperti Jepun. Ini kerana mereka gerun dengan semangat Islam yang sedang membongkar kejahatan si Dajjal laknatullah ini. Mereka sudah menjajah negara-negara timur tengah dengan kakayaan tanpa had dan ini membuktikan mereka sedang mencucuk jarum penjajahan kedalam diri kita yang berada di timur jauh (kepulauan Melayu adalah komuniti islam terbesar di dunia selepas timur tengah) dengan sangat perlahan. Singapura telah berjaya mereka kawal. Brunei juga dikawal dengan wang seperti di timur tengah. Hanya Indonesia dan Malaysia yang sengaja dilaga-lagakan demi kepentingan mereka menghancurkan perpaduan kaum Muslim dan sesama Melayu.


Sekian, jika ada silap dan salah harap ditegur dan dimaafi diri manusia yang tak sempurna ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.