Photobucket

Saturday, April 17, 2010

Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara????

Salam. video kat bawah ni menunjukkan semuanya..... tengok2 jgn x tengok..

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)



Teruk betul pemimpin UMNO/BN nih. Arah macam air oren jer... benda biasa bagi depa...
padahal sebenarnya arak ni terang2 HARAM bg umat Islam...UMNO ni Islam ke apa? tanya la iman masing2!! pemimpin mcm ni ker kita nak harap depa bawa Islam???

Pemimpin yang terang2 buat maksiat, haram kita lantik dia utk memimpin kita...skrg di hulu selangor, semua pengundi mesti tolak umno. PRU 13 nanti pun!!!

Dalam laman web JAKIM aku copy utk korang baca... (http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=260)

Kategori : JENAYAH Minuman Keras

Tajuk :
Jauhi Arak Untuk Keselamatan Negara

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”


Riwayat Anas



Huraian

i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.

iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.

iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.

v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat


------------------------------------------------

Dalil Hadis haram minum arak

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Dalil Hadis kutukan Allah tentang arak

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Ibu segala maksiat

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

  • Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
  • Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
  • Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
  • Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
  • Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
  • Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Fitnah nama-nama arak

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Hukuman Hudud minum arak

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Rujukan

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
  2. Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei
  3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  4. Kitab Sunan Ibnu Majah
  5. Kitab Sahih Muslim
  6. Kitab al-Fitan

No comments:

Post a Comment