Thursday, April 8, 2010

Surat kepada Tranungkite & Annual Dinner & Kebodohan Manusia

(email: inilhukmuillalillah@yahoo.com)


Semangat Setia Kawan
(tak di sensor. di Luluskan oleh salah seorang dari mereka)

Kehadiran Dr.Said Hady

kawan-kawan adalah keluarga

Pakaian Muslimah.

Juara Talent Show 2010 University Mansoura
(Tak Sensor Sebab Anda Semua Kacak & Artist) Hehe

Bermesra dengan Dr.Dalia Saleh

Anugerah kepada Dr.Said Hady
Kenapa Baik di sorok?

Anugerah Pelajar Cemerlang

Makan Bersama Meja Lelaki

Maaf Sensor Muka. Anda Semua kacak-kacak.

Juara Ragby Zakzik

Assalamualaikum

Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 3 Mansoura Universiti serta sebagai AJK yang menganjurkan Majlis tersebut.

Pertama, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap editor atau admin yang mengelola website ini ( Tranungkite.net ). Selama ini, tranung-kita adalah rujukan saya bagi mengetahui isu-isu semasa dan politik negara. Sangat tertarik dan banyak faedah yang saya terima. Namun, selepas post http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3833 (Akan Lahir ULAMA dari???) yang dikeluarkan oleh pihak Tranung, kekesalan yang melimpah ruah dan ketelusan pihak tranung meragukan saya. Sikap profesional juga membimbangkan saya dengan 'syubhah-berita' yang dikeluarkan. Meskipun fitnah sebahagian orang memandang sebelah mata, namun keterlaluan dan keterlanjuran pihak admin dapat membantu umat seluruh dunia meraih dosa dan membenci bakal graduan dari Mesir, terutama umat manusia di Malaysia dalam memberi berita-berita yang benar dan unsur-unsur keyahudian.

Kedua, saya diantara gambar-gambar yang dikeluarkan di blog tersebut/tranungkite.net. Kalau dari pihak info-kini.blogspot saya tidak kisah sangat kerana emosi dan cetek ilmu suara-suara seorang pelajar yang terus membabi buta untuk meraih blog dan persatuan. Namun, jika tranung sendiri yang terlibat dan terpengaruh dengan beberapa penuduhan palsu, telah membuatkan sebahagian orang kesal dan kredebiliti tranung juga terjejas dengan tiada ketelusan mengeluarkan berita.

Ketiga: Majlis tersebut adalah Majlis Annual Dinner yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Mansoura (GMMSC). Beberapa orang kenamaan Universiti Mansoura juga turut hadir. Antaranya, Dr.Said Abd Hadi (Head Department Manchester Program University of Mansoura)elsaidhady@yahoo.co.uk, Dr.Dalia Saleh (Co-Ordinator Manchester Program University Of Mansoura) meteor_381@hotmail.com ,dan dua pegawai GMN, Ust. Ridhwan (ridhwan.sm@gmail.com) dan Abg Adnan.

Keempat: Tentatif program diisi penuh dengan majlis keilmuan (bersesuaian dengan pelajar Medik) dan berjalan dengan amat baik sekali. Antara tentatifnya secara rawak:

1. Majlis bermula dengan bacaan iftitah majlis dan ucapan alu-aluan kepada hadirin, terutama wakil University dan Pegawai GMN.
2. Ucapan Pengerusi GMMSC Ahmad Syamir Bin Abdullah
3. Ucapan Dr.Said Abd Hady serta taklimat proses pengajian setiap semester dan soal jawab secara langsung dengan pelajar.
4. Ucapan Nasihat dan pengalaman pelajar 1st Batch :Semester 8 Tahun 4: Mohd Amin Yassin (Di Jemput Oleh Dr.Said Abd Hady), Ucapan pelajar 2nd Batch : Semester 6 Tahun 3: Noor Syeila Bt Rosly. Dan turut memberi pandangan pelajar semester 7 tahun 4: Nama panggilan Pian (Tak pasti nama penuh).
5. Majlis menjamu selera dengan hidangan makanan arab yang pelbagai jenis.
6. Pembahagian Anugerah Pelajar Cemerlang Setiap Batch seramai 7 orang Pelajar (Anjuran University: International Head Student Department: Dr.Nasreen Mahmoud). (Maaf Penulis tak ingat nama setiap pelajar)
7. Cabutan Bertuah kepada hadirin berupa hadiah hamper.
8. Pembahagian Hadiah Juara Ragby anjuran PCZ (Perubatan Cawangan Zaqaziq) & Hadiah Futsal GMMSC 2010 & Pembahagian Bola Jaring Bagi Perempuan GMMSC 2010
9. Pengumuman King & Queen. (Beberapa tanggapan buruk dan tuduhan palsu 'Fitnah' yang mengatakan kedua King & Queen ini mendapat ganjaran bilik untuk bermadu). Ini adalah fitnah dan cerita yang direka. Bagi pihak penulis: Pihak penganjur begitu berjaga-jaga untuk memilih anugerah tersebut. Jika dilihat pasangan yang diumumkan adalah senior yang baik dan sangat prihatin kepada juniornya serta banyak berbakti kepada seluruh pelajar dengan mengadakan kelas tambahan dan program-program keilmuan. Terutama Queen sendiri yang terpilih adalah pelajar yang berpakaian sopan dan bertudung labuh sebagai contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.
10. Persembahan akustik Pelajar Malaysia (Raba3 Firakh) yang menjuarai Talent Show di bawah program University Mansoura .
11. Majlis penutup oleh Pengerusi GMMSC.
12. Majlis bersurai.

Perhatian 1:

-Program ini berjalan dengan lancar. Jam 6 petang, seluruh AJK sudahpun bersiap sedia di Dewan Crytal Ramada Hotel.
-Para AJK lelaki bersama-sama solat Maghrib berjemaah sebelum majlis dimulakan di imami oleh Amir Rizwan.
-Bacaan Doa pembuka majlis jam 8.30mlm (Majlis bermula).
-Pengasingan pintu masuk lelaki & perempuan
-Pengasingan meja duduk lelaki & perempuan
-Tiada ganjaran bilik kepada Pemenang.
-Di akhir majlis; Pantauan dari AJK kerohanian mengawal pelajar pulang serta mushrif2 bertugas untuk pulang kerumah (bagi pelajar wanita)
-Jam 11.30mlm pelajar sudah bersurai & juga AJK sudah siap kemaskan barang.
-Majlis ini majlis pelajar Medik, bukan pelajar al-Azhar

Harap pihak admin lebih peka dengan setiap berita dan tidak sama sekali terpengaruh dengan emosi pelajar atau terpengaruh dengan gelodak propaganda yang dicetuskan oleh pelajar.

Sekian Terima Kasih Admin

(http://pencegah-infopalsu.blogspot.com/)

1 comment:

  1. salam..
    seeloknya berbaik sangkalah kita
    tak pasal dapat dosa free fitnah orang
    tidak mengata sesiapa..mana yang baik jadikan tauladan..tak baik jadikan sempadan hidup..jazakallah

    ReplyDelete