Photobucket

Thursday, April 15, 2010

Nak mengadu artikel tentang annual dinner

Posted on Thursday, April 15 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih


Aduan @ Luahan Oleh Min

Assalamualaikum, straight to the point saya nak mengadu ye. cuba baca article ni buat sementara. dan beritahu pendapat anda. [link ]

1. tentang annual dinner ni, saya mmg tidak suka cara pemakaian mereka. ketat dan mendedahkan anggota badan.

2. juga lelaki dan perempuan terlalu social antara satu sama lain.

itu tentang mereka. tapi ini pula, tentang penulis itu. termasuk juga cara beberapa orang daripada kamu berdakwah.

1. penulis : menggunakan perkataan yang amat menyakitkan hati .

2. mengutuk tak sudah.

3. adakah fakta yang digunakan? atau mengikut hati yang sedang marah dan penuh dengan kebencian?

dan banyak lagi. saya adalah seorang manusia biasa. akan tetapi saya tahu cara berdakwah bagaimana. dan apa yang patut dan juga yang tidak patut.

saya sokong yang kamu memang benci akan apa yang kamu nampak. mmg tanggungjawab kamu sebagai hamba Allah untuk benci akan kemungkaran yang kamu saksikan dgn hati.

tapi apa yang telah penulis ini buat, adalah perkara yang lebih teruk dari berpakaian seperti dlm annual dinner.

Adakah Rasullullah akan berbuat demikian?

saling mengutuk antara manusia? bukankah kita semua bersaudara?

apakah niat penulis berikut yang sebenar untuk mengutuk?

perkara berikut bukan hanya memburukkan keadaan tetapi wujudnya permusuhan.

dan juga adakah article itu menggunakan fakta yang sebenarnya? seperti 'hadiah' pasangan adalah bilik HOTEL? bukankah itu fitnah namanya? Jika kamu berbuat demikian hanya mahu menyedapkan ayat atau hati pembaca, Ya Allahhhhh…..

kamu tahu bukan ,dosa fitnah adalah lebih besar dari membunuh.

apa yang telah dilakukan oleh penulis berikut hanya akan mencetuskan peperangan antara saudara. seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Apa salahnya jika kamu banyakkan bersabar dan terus saling menasihati antara yang lain? Ada adabnya cara kita berdakwah, janganlah kamu berdakwah dgn menyakitkan hati sesame manusia.

Saya sangat tidak gemar akan cara kehidupan rakan2 saya, keluar lewat malam, terlalu social bersama lelaki, tidak menjaga aurat dan percakapan dan tiada adab. Tetapi cara saya berdakwah adalah menjaga adab saya dari perbagai perspektif dan juga menunjukkan contoh yang baik. Oleh kerana dia rakan saya, saya menasihatinya agar berubah, dan sentiasa berhati2 ketika menasihati agar tidak menyakitkan hatinya. Kadang-kala , saya tak terdaya untuk berdakwah melalui mulut, oleh itu saya berdoa untuknya setiap kali selepas sembahyang. Encik, saya tidak pernah benci mereka, walaupun saya tidak suka, namun sy bersabar dan bertahan. Allah Maha Berkuasa bukan? Dia sentiasa berada bersama kita, Dia juga tidak pernah benci akan hambanya walaupun mereka membuat perkara yang mungkar, kerana Dia amat sayang akan hambanya, Rasullullah juga, saya tidak perlu cerita, kamu tahu.

saya di sini, kerana ingin menyuarakan perasaan tidak puas hati saya dan juga perasaan yang teramat marah terhadap kamu yang terlibat dengan perkara tersebut. Maaf jika terkasar bahasa, tetapi niat saya hanyalah untuk memberitahu kamu, berdakwahlah dgn cara yang betul. betulkan niat kamu kerana Allah dan kerana kamu sayangkan saudara kamu di Bumi ini, bukan kerana kamu benci apa yang kamu saksikan. Jika kamu tidak mahu mendengar aduan yang disertakan dengan nasihat saya ini, saya mahu kamu Tanya diri kamu sendiri, apakah alasan kamu.

janganlah ada permusuhan di antara kamu. tolonglah. sedar.

(Sumber)


No comments:

Post a Comment