Photobucket

Thursday, February 25, 2010

Mengaku cintai Rasul, tetapi dustai ajarannya

Tazkirah

Oleh Lanh

BERSYUKUR ke hadrat Illahi kita dipanjangkan usia dan insya-Allah berkesempatan bersama-sama menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w pada tanggal 12 Rabiulawal (26 Februari) ini.

Mengenang kelahiran, seterusnya mengimbau sirah baginda termasuk pahit getirnya menyerukan Islam, akan terasa betapa dekat diri ini padanya. Namun demikian itu hanya perasaan, hakikatnya kita semakin hari semakin jauh daripada kekasih Allah SWT itu. Apa tidaknya, kita cukup bimbang mulut kita saja berkomat-kamit menyebut nama Rasulullah dalam majlis-majlis seperti berzanji dan sambutan Maulidur Rasul sedangkan cara hidup kita tersasar daripada sunnah baginda.




Memang betul, pada majlis-majlis khas itu, kita begitu terbawa-bawa dalam memuji-muji Rasulullah, malangnya dalam banyak kes kehidupan, secara kita sedar atau tidak kita sebenarnya menghina Islam yang didakwahkan sepenuh jiwa oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya itu.

Semua peraturan hidup termasuk hukum-hakam yang perlu diikuti oleh manusia sudah termaktub dalam kitab al-Quran dan hadis, tetapi apakah kita termasuk pemerintah, mengikuti atau berusaha bersungguh-sungguh melaksanakannya? Atau kita bermain-main terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., mengikuti apa yang kita fikirkan sesuai untuk diri dan menolak apa yang difikirkan tidak sesuai?

Dalam perkembangan semasa di negara kita, kita amat dukacita apabila kes seperti dakwaan liwat dibicarakan luar daripada konteks kehendak Islam. Jelas sekali dalam menangani kes seperti ini Islam tidak diperlukan, lantas apakah maknanya kita meluangkan kecintaan kita kepada Rasululullah s.a.w. pada majlis-majlis khas seperti Maulidur Rasul? Saban tahun pada majlis-majlis seperti ini pemimpin akan beretorik, mengucapkan pesanan penuh syahdu seperti 'teladanilah Rasulullah s.a.w., nescaya kita akan selamat' atau pun 'Rasul adalah contoh ikutan'.

Dengan mengetepikan hukum-hakam Islam, dan kemudian membabitkan diri dalam membuka keaiban orang dalam suasana paling jijik dalam sejarah, tidak malukah kita untuk terus mengaku bahawa kita cintakan Rasulullah s.a.w.? Pada ketika kita begitu hebat melakukan maksiat dengan menghina ajaran Rasul yang pada anggapan kita tidak layak membicara kes seperti liwat ini, bagaimana mulut kita boleh berkomat-kamit menyebut dan memuji-muji Rasul?

Tanyalah diri kita secara jujur, apakah perbicaraan dalam kes liwat ini mengikut kehendak Rasul? Andainya Rasul hidup dan menyaksikan apa yang berlaku ini, apakah baginda akan bersenang hati mendengar puji-pujian kita pada majlis Maulidur Rasul sebaliknya apa yang diajarkan baginda tidak diamalkan dalam kehidupan umatnya? Apa kata Rasul jika diberitahu ada pemimpin mengaku Islam tidak mahu kes ini dibicarakan mengikut undang-undang Islam. Malah mereka menghalangnya daripada dibicarakan di mahkamah syariah.

Kemudian dalam kehidupan kita sendiri di mana kedudukan ajaran Rasul? Misalnya media massa, mengapakah diperincikan kejelekan seseorang yang belum pun didapati bersalah oleh mahkamah sekular. Apakah membuka keaiban seseorang, menelanjanginya itu ajaran Rasul?

Sebenarnya, kita adalah hipokrit paling besar; mendabik dada mengaku cintakan Rasul, tetapi sebenarnya kita penghina ajaran baginda. Ramai daripada kita adalah kaki rasuah, perompak harta negara, pengamal riba dan pemakan duit haram daripada sumber judi dan arak, tetapi sungguh aneh pada sambutan Maulidur Rasul, kita terhegeh-hegeh menjerit memberitahu satu dunia bahawa kita cintakan Rasul.

Contohilah Rasul, jerit pemimpin tetapi merekalah yang ke depan memboloti harta negara, sedangkan Rasul jauh daripada kesenangan dunia. Rumah Rasul terlalu daif, biasanya dapurnya tidak berasap selama beberapa hari. Hari baginda berlalu tanpa tidak berlapar, pakaiannya bertampal, perabot beliau hanya katilnya yang kasar dan apabila meninggal dunia tidak meninggalkan harta. Tidakkah jeritan pemimpin membayangkan kemunafikan mereka

Friday, February 19, 2010

adakah ini hidangan yang baik??

sejak kebelakangan ini, di sepanjang jalan di bandar jengka terpapar beberapa iklan. saya agak terkejut dengan iklan2 tu.

semuanya yang kebanyakan mempelawa warga jengka untuk pergi menyaksikan pesta ria dan konsert. saya bukanklah org pandai agama. namun hiburan itu ada yang diharamkan oleh Islam. konsert pun ada yang di haramkan oleh Islam.

Kalaulah konsert seperti ini yang mahu dihidangkan kepada rakyat dan masyarakat felda, di manakah letaknya slogan kerajaan yang mahu melahirkan insan yang baik mellui programnya iaiti modal insan. cakap x serupa bikin !!!

saya teringat dalam surah at-taubah ada 2 ayat. pertama ayat yang ke 67 :

"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik. "

satu lagi ayat 71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Allah ceritakan dua golongan yang berbeza. orng yang munafik dan mereka itu fasiq yang sifatnya mengajak manusia lainnya berbuat yang mungkar dan mencegah yang maaruf. dah kalu kerjanya menampal iklan untuk mengajak orang pergi ke tempat maksiat, konsert yang bercampur baur lelaki dan perempuan, yang menyanyinya di atas pentans itu adalah seorang perempuan dengan terpekik terlolong, solat hentah ke mana,.... bukan mengajak ke arah yang mungkar!!!

satu golongan lagi iaitu orang yang beriman, mereka ini menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar. dan mereka mendirikan solat, dsb, mereka akan peroleh rahmat dari Allah.

wahai orang jengka, fikirlah masa depan generasi muda yang pada masa akan datang merekalah yang akan memimpin anak2 kamu......hidangkan mereka yang baik2 utk melihat hasil yg baik pd masa depan...