Photobucket

Tuesday, April 6, 2010

Akan lahir ULAMA' jahat dari ???





Korang mesti terpegun dan pelik dengan gambar2 di atas? ke x pelik? ni la gambar beberapa gaya mahasiswa malaysia di egypt, saya x pasti depa ni amik bidang apa, mengikut mklumatnya, katanya depa ni seme budak2 perubatan...... depa ni la akan blk ke malaysia bukan bawa ilmu, tapi mungkin perosak anak bangsa Melayu masa depan!!!!

Saya dah banyak dah dengar berita2 aneh dari kawan2 yang lepasan student Egypt. dan saya jumpe link2 yang mendedahkan perkara2 yang sungguh menjijikkan!!! tidak mustahil satu hari nanti akan lahir ulama jahat dari Egypt! Mereka akan pulang ke tanah air dan merosakkan anak bangsa di tanah Melayu ini!!

Hangpa semua nak tau ka?? "Ada pelajar Melayu di Egypt berdua2 duaan di dalam satu rumah sewa/bilik""Pelajar Malaysia di Mesir pergi PUB bawah tanah, dalam PUB mesti ada arak" "Annual dinner like annual Hollywod?" Hadiah annual dinner bg pasangan ideal???? dan banyak lagi....................... korang semua boleh klik kat link2 bawah ni....

1- http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-anak-anak-luar-nikah.html

2- http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/siapa-nak-bukti-isu-maksiat-di-bumi.html

3- http://beritautama-infokini.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

Friday, March 26, 2010

Adun BN berdepan risiko ‘diculik’ jika enggan tarik balik peletakan jawatan

Memang sudah saya jangkan bahawa ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn akan menarik balik surat peletakan jawatannya yang dihantar kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat Isnin lalu.

Selepas Najib bertakhta, bukan senang Adun atau Ahli Parlimen BN nak letak jawatan, apa lagi nak lompat parti. Lihat sahaja kes ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang mengistiharkan lompat ke PKR tahun lepas, tak sampai seminggu beliau lompat balik kepada Umno.

Tapi lompat balik tu, bukan lompat saja-saja kerana sebelum muncul di Pejabat Najib di Putrajaya, beliau dilaporkan hilang. Khabarnya diculik dan dilarikan dari rumahnya hingga membuatkan Isteri dan anak-anak beliau risau.

Tup-tup, dia berdiri sebelah Najib, umum masuk Umno balik. Tak sempat balik rumah jumpa anak Isteri pun.

Jadi sebelum hal yang sama berlaku, Adun Titi Tinggi terus hantar SMS tak jadi letak jawatan. Atau mungkin ada sebab lain yang beliau lebih tahu. Yang pasti perebutan kuasa dan jawatan dalam BN begitu kuat. Yip yang juga Naib Pengerusi MCA Perlis begitu terasa bila beliau ditendang keluar dari bilik Exco Kerajaan Negeri selepas 2 tahun jadi Exco.

Jadi, apa yang berlaku ini mungkin dilihat sebagai pergolakan peribadi beliau, tapi pada saya inilah bukti bahawa dalam BN bukan mudah anda nak survive…..walaupun kononnya berjuang untuk rakyat, masing-masing nak jaga poket.

BN pula takut benar kalau Yip nekad letak jawatan sebab Pilihanraya kecil mungkin berlaku dan BN belum comfirm boleh menang balik disitu. Yip hanya menang dengan majoriti 1,841 undi sahaja disitu pada pilihanraya 2008. Jadi, amat penting untuk BN pastikan Yip tidak letak jawatan. Mereka tak kira, guna cara lembut atau kasar, yang penting Yip kekal jadi Adun buat sementara ini.

Herman Samsudeen