Bongkar: Panas, Kegiatan Maksiat Di UiTM Jengka Semakin Parah, Adengan Seks Luar Tabie (Gay) Di Percayai Menjadi-Jadi Di Kalangan Pelajar Lelaki !
BANDAR JENGKA, 18 Ogos - Orang ramai di sekitar bandar ini mahu pihak berkuasa memantau pergerakan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang, kampus Jengka dekat sini. Ini berikutan gejala sosial yang melibatkan pelajat IPT itu semakin membimbangkan sekarang ini. Sebagai sebuah universiti yang dipelopori oleh kaum bumiputra terutamanya Melayu, sudah tiba masanya masalah gejala sosial dan maksiat di institusi terbabit diberi perhatian yang sewajarnya. Kita tidak mahu, bangsa lain memandang hina terhadap agama Islam gara-gara perangai majoriti pelajarnya yang menyimpang jauh dari nilai-nilai agama itu sendiri. Difahamkan, pihak pentadbiran universiti lebih mementingkan akedemik daripada sahsiah dan pembentukan akhlak para pelajar. Malahan, nilai-nilai agama kini terus dipandang sepi oleh pihak yang berkenaan. Kampus yang menempatkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negara itu, yang membawa berbagai budaya yang jelas tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Aksi-aksi lucah dan pakaian yang menjolok mata pelajar sering mewarnai kawasan terbabit sekarang ini. Ia jauh sekali berbeza ketika kampus itu tidak dibuka disitu dulu. Menurut seorang penduduk, keadaan gejala sosial dikalangan para pelajar sememangnya sudah semakin parah dan tidak wajar sama sekali. "Mereka bukan sahaja membawa gejala negatif kepada generasi muda setempat, malahan juga tidak segan silu berpelakuan tidak senonoh dikhalayak ramai" katanya.Gejala Maksiat "Berlesen" Kini Semakin Menular
Umum mengetahui bahawa Bandar Jengka adalah merupakan satu-satunya bandar yang dimonopoli oleh kaum bumiputra di negara ini. Hampir 100% peniaga dan penduduk di sini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Makanya, budaya songsang yang dibawa oleh pelajar-pelajar terbabit amat mengecewakan para penduduk. Keadaan bertambah parah, bilamana kini ramai pelajar terbabit yang tinggal di luar kampus. Mereka bebas bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah, mereka juga tidak menghiraukan teguran yang dibuat oleh masyarakt disini. Terdapat juga maklumat berlaku berbagai aksi curang pelajar berkenaan yang merosakkan kesucian bandar ini. Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, beliau melihat pelajar perempuan sering bermalam di rumah sewa pelajar lelaki. Beliau dan beberapa orang penduduk menunggu masa untuk menjalankan operasi cegah maksiat pelajar terbabit. "Kejadian berlaku apabila pelajar terbabit dihalang masuk ke kampus selepas jam 11.00 malam. Akibat takut dikenakan tindakan displin maka mereka yang bercouple akhirnya mencari jalan singkat bermalam di rumah pasangan masing-masing atau di hotel yang berdekatan. Mereka memilih untuk kembali ke kampus pada awal bagi kerana tidak akan diambil tindakan displin oleh pihak UiTM" katanya. Lantaran peraturan tersebut menyebabkan ramai pasangan akhirnya sanggup melakukan aktiviti maksiat dan perzinaan di rumah sewa pasangan masing-masing. Perkara ini sebenarnya disedari oleh pihak universiti, tetapi mereka tidak mahu mengambil tindakan tegas demi menjaga nama baik UiTM Jengka. Akibatnya, kegiatan ini menjadi amalan harian pelajar UiTM Jengka mutakhir ini. Mereka tidak takut lagi untuk melakukan kegiatan maksiat, seolah-olah pihak universiti sendiri yang memberi lampu hijau.Penyeludupan Arak Ke Kampus Kini Berleluasa
Kegiatan Seks Luar Tabiee Pelajar Makin Menjadi
UiTM Jengka Perlu Ambil Tindakan Segera Kes Ini
[Pihak kami akan menjejaki siapakah pegawai yang dimaksudkan itu untuk dibongkarkan. Justeru itu kami memberi tempoh kepada pihak UiTM Jengka untuk menyiasat perkara ini dan membuat tindakan tegas terhadap pelajar yang jelas mencemarkan nama baik institusi itu. Sebenarnya apa yang berlaku di UiTM Jengka ini adalah sebahagian rencah kehidupan mahasiswa IPT di negara kita hari ini. Malah ada IPT yang lebik gejala sosialnya tidak dibongkarkan lagi. Apapun kami melihat apa yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai agama Islam di IPT sememangnya makin di pinggirkan. Malah kegiatan buang bayi juga pernah berlaku di beberapa buah IPT termasuk UiTM Jengka sendiri. Cuma perkara ini didiamkan bagi menjaga nama baik dan imej universiti terbabit. Apapun, selepas ini kami akan bongkarkan pula kegiatan tidak bermoral di IPT lain pula. Terkadang perkara seperti ini perlu dibongkarkan demi menjadi ikhtibar dan tauladan kepada orang lain. Apalah guna perkara yang tidak senonoh seperti ini disorok-sorokkan, yang akhirnya membawa kebinasaan dan kehancuran kepada institusi pendidikan itu sendiri]. -PDO-



No comments:
Post a Comment