Friday, December 10, 2010

Bajet 2011 ke arah papa Pahang???

Datuk Adnan sudah sesak...dengar citer lepas p.raya 13 nanti dia x kan jadi MB lagi.. mana tidaknyer..bajet baru2 ni pun teruk sangat....

Bajet negeri Pahang bagi tahun 2011 sebagaimana dibentangkan Menteri Besarnya, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob, adalah bajet lemah yang boleh menjurus kepada 'papa kedana' jika pemerintah tidak segera mengubah corak pentadbiran dan budaya pengurusan yang lebih baik.

Pembentangan bajet, minggu lalu itu tidak menunjukkan kerajaan benar-benar serius menwujudkan polisi-polisi baru setelah prestasi tahun-tahun sebelumnya tidak menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, sebaliknya keadaan kewangan negeri terus terdedah kepada defisit untuk tahu ke 13 berturut-turut dengan hutang negeri yang tinggi.

Anggaran perbelanjaan melalui pembentangan bajet negeri sudah pun membayangkan ketidak seimbangan pendapatan dan perbelanjaan apabila anggaran kutipan hasil hanya berjumlah RM 532,117,720 sedangkan bebanan kerajaan melalui keperluan mengurus sebanyak RM600,424,140 menjadikan kewangan negeri berada dalam keadaan deficit untuk tahun ke 13 berturut-turut.


Dalam laporan Audit Negara 2009 telah mendedahkan berlakunya tahap pengurusan yang lemah dari aspek perancangan, perlaksanaan dan kawalan sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian akibat daripada penyelewengan yang berlaku.

Tak munasabah langsung bagi negeri Pahang yang berada dalam persekitaran yang sangat ekonomik dengan potensi penjanaan hasil yang melimpah ruah yang tidak terdapat di negeri lain seumpama Kelantan dan Kedah tetapi mengalami masalah ekonomi yang cukup parah.

Sangat mendukacitakan apabila melihat prestasi ekonomi Pahang yang terlalu sukar untuk memperolehi sumber hasil melepasi angka RM 500juta dalam suasana ekonomi berkembang maka sebab itulah dalam suasana yang ada sekarang anggaran yang ditetapkan adalah diluar reality sebelumnya.

Amacam orang2 Pahang...kita kena bangkit berubah...


No comments:

Post a Comment